READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

TM Mula Menawarkan Streamyx 8Mbps Pada Harga RM160

Diterbitkan pada January 8, 2013 oleh

Telekom Malaysia, selain daripada memfokuskan kepada UniFi, nampaknya masih tidak melupakan pengguna Streamyx, dimana terkini mereka mengemaskini tawaran mereka, dengan menambah pakej dengan kelajuan 8Mbps untuk Streamyx.

Streamyx 8Mbps

Streamyx 8MbpsUntuk pakej 8Mbps ini, Telekom Malaysia mengenakan caj sebanyak RM160 yang mana turut didatangkan dengan pelbagai perkara tambahan lain termasuk panggilan percuma ke semua talian TM seluruh negara.

Memandangkan pengenalan UniFi mengambil masa yang agak lama untuk diperkenalkan kepada semua lokasi, mungkin bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan talian internet berkelajuan tinggi ini boleh mendaftarkan diri untuk pakej Streamyx 8Mbps ini.

Selain daripada tawaran untuk pengguna rumah, pengguna dengan akaun perniagaan juga boleh melanggannya pada harga RM308 sebulan dibawah pakej Office in a Box.

Terdapat 71 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
    • MBps dengan Mbps banyak beza, Mbps merujuk kepada Megabit dan MBps merujuk kepada Megabyte, kalau megabit, untuk tau kelajuan sebenar internet anda, bahagikan pakej streamyx tu dengan 8, contohnya 1Mbps dibahagi dengan 8 akan dapat 0.125, jadi kelajuan kita cuma 125kbps maximum, kalau 8Mbps, kita akan dapat 1Megabyte persecond, kira ok la tu :D

      • btol latu.. aku pkai 1Mbps nye.. tgk bila download speed smpai dlm 130kbps je..

      • terima kasih atas penerangan, sekadar penambahan;

        1 byte = 8 bits
        1 B = 8b
        1 MBps = 8 Mbps
        125 kBps = 1 Mbps

        dalam kes ni 8 Mbps = 1MBps, biasanya telco akan iklankan dalam bentuk Mbps manakala kelajuan muat turun pada “browser” ataupun ‘download manager” dalam MBps/KBps

        • biasa la…propaganda telco nk pengguna tgk speed yg diorg jual tu laju dan gempak..tp compare speed/price mmg cekik darah

    • wa punya pakai unifi 5mb. tapi wa hanya dapat 500-600kb saja bila average download. 700kb sangat susah sekali ma.. wa ingat unifi 5mb dapat download dengan jiwa kelajuan 5mb per second.

      • 1 mbps > 128 KB/s
        2 mbps > 256 KB/s
        4 mbps > 512 KB/s
        5 mbps > 640 KB/s
        8 mbps > 1 MB/s
        10 mbps > 1.28 MB/s
        20 mbps > 2.56 MB/s

        ………. SUDAH FAHAM ……….

        • hyppTV, internet, VOBB guna lain2 channel… biasanya tv sahaja dia bg 10Mbps n utk telefon dlm 512Kbps – 1Mbps. so total customer dapat lebih dari 16Mbps sebenarnya

  1. dari dorang pelbagai pakej, aku rasa lebih molek dorang naik taraf kualiti servis dorang.. huhuhu~ bukan ape.. pakej macam-macam tapi tak boleh nak maintain buat ape kan? :P

    pandangan 2 sen aku je..

    • servis streamyx sepatutnya di “bersara” kan, sementara pengguna streamyx yg sedia ada diupgrade ke #unifi basic package (tanpa IPTV). tawarkan package ni pada harga yg sama kpd pengguna #streamyx yg lama.

  2. tempat ak,sesetengah orang jer yg apply 4mbps dapat..katanya takde port la,tak boleh la..ni lagi nak promote 8mbps?..setahu ak,mana-mana yang duduk dekat dalam lingkungan 3km dari menara boleh apply 4mbps ni..(ke ak silap?mohon perbetulkan)
    dah suruh techician datang buat speedtest baru kata area boleh ada port..

  3. TM buat la free upgrade streamyx ke unifi (package basic – tanpa set-up box pon ok)!

    package ni confirm performance underpar.

  4. YAY boleh ambil package streamyx dari 4 ke 8 mbps , daripada nk tunggu UNIFI lebih baik ambil package 8 mbps , rumah hadapan ibu sawat Telekom Malaysia

    p/s : terus call TM 100 dan tanya mereka , mereka kata kawasan encik boleh dapat 8 mbps

  5. TMnet Streamyx? Sorry la..aku dah hilang kepercayaan dan keyakinan kat ko. 6 tahun apply broadband tak dapat2. xde sebarang inisiatif langsung. kite org kampung mane layak pakai kan.. tak berbaloi katanya.. pegi la kat orang2 bandar besar je sana. promote kat diorang sana, tupun klau dapat la..

    • streamyx:
      – copperline tech & spec.
      – speed bergantung kpd jarak dari ibusawat/ truck/ jumlah capacity semasa ketika penggunaan.
      – sgt terdedah kpd kilat (kerosakan peralatan).

      unifi:
      – fiber optic tech & spec.
      – backbone fiber optic – access kpd high speed tanpa factor interference.
      – proven tech utk high speed.
      – setakat ni time dot com sj dpt tawarkn pakej yg menarik (100Mbps – RM 178/mth) berbanding #unifi.
      – kalau sgt bergantung kepada penggunaan HD video (1080p) & ramai pengguna dlm office atau rumah, bijak unifi 20Mbps. Jika tidak, unifi 5Mbps sudah mencukupi.
      Sila window shopping dulu.
      – pengakuan dari pengguna unifi di office.

  6. Secara theory Streamyx memang menggunakan bandwidth sharing, memang kelajuannya akan dijangka berkurangan sebanyak 30% bergantung kepada junlah pengguna. Kalau sikit, kelajuannya tak la berkurang sangat..

    • time dotcom guna fiber optic , yg ni copper

      Time dotcom fiber : 8 mbps RM 129
      Time dotcom copper : 6 mbps RM 159

      Streamyx BB 8 : 8 mbps RM 160

      • time.com limit sgt… line dia bukan ade pun kat seluruh malaysia… sama la jugak macam jaring… x meluas.. mcm mane nak bersaing bg rega murah…

  7. so skrg ni mne lg berbaloi? amek unifi, streamyx, timefibre or maxis home fibre?
    yg aku nmpk timedotcom fibre lg murah dan laju. maxis home fibre pun boleh tahan gak.
    tm sepatutnye turunkan harga bill unifi. bagi aku yg kaki download ni 5Mbps masih lagi slow dan harga bagi aku masih lagi mahal.
    pasal streamyx yg 8Mbps ni aku taktau nak komen ape sgt.
    agak2 mane paling berbaloi?

    • inilah yang berlaku bila kerajaan membiarkan hanya 1 badan atau company yang menguruskan talian tetap dalam negara.. bila diaorg hanya satu yg monopoli,tiada pesaingan mcm ni la jadi nya.. hampas! sbg contoh unifi skang ni,mana2 kalo korang tgk brand lain buat promosi tentang jalur lebar optik,diorg semua tu still guna jalur lebar tm punya. hanya dalam rumah diaorg setup sendiri,bila kt luar tu still guna TM. tak percaya cuba tak iklan unifi tm skang,ada keluar kt tv lagi? tak dah bila maxis dah start promosikan iklan jalur lebar optik mereka.. tm still untung atas angin..

  8. tempat kampung macam aku dah la xde unifi. streamyx pun 1Mbps je.

    tempat yang suport 8Mbps sume da pakai unifi. ape lah bengap tm ni

  9. jgn asyik dok tanya berbaloi ke x. Semuanya bergantung kpd cara penggunaan internet anda. Ops, dengar cerita maxis fibre ada routing issue? Murah memang murah tapi ping ke SG dlm 100+ms.. Nangis la player dota 2.. Papepon harap maxis fix routing dorg kasi low ping sama server SG. Sekian

  10. Piiiii dah!!!! sudah nak wawasan 2020 masih tak boleh laju lagi. Tempat saya masih tak ade unifi. Sila pasang line pada Seremban 2 Green Street Homes (yg bertentangan dengan Jusco seremban). Sudah tunggu lama dan masih tunggu lagi. Sila Tolong beritahu apa rancangan anda, tarikh (dateline) bila akan sampai ke tempat saya. Tempat kat Setia Alam (Shah Alam) lagi lewat pun sudah ada unifi sedangkan tempat saya dah lama wujud masih tak dapat!!! Mesti kah saya berpindah ke KL utk dapat unifi?????

  11. kat tempat aku tak der unifi tak bising pun…..pakai 8 Mbs ok jer…ada gak rosak tapi complaint jer kat TM dalam masa 2 jam dah sampai…

  12. Maxis Fibre masuk server TM gak tak kira la korang pakai company apa pun…Digi ka, P1 ka, Maxis ka, Atuk Maxis ka…..sumer melalui TM….

    • sebenarnya infra TM masih byk pakai “cable/copper ” bkn fiber..TM hanya menukar ‘business’ tapi system nya masih equipment lama ..TM hanya memikirkan keuntungan shj..ibarat teksi lama tapi charge tetap sama dgn taxi baru..kereta taxi masih proton saga (2000) tapi harga sama dgn persona buatan 2012…

      anda pakai telco drp mana pun mslh tetap ujud sbb TM adalah “ibu” segala komunikasi dlm Malaysia!!!

  13. Sangat perlahan walaupun 8mbps…
    bila hujan renyai2 je dh jadi slow.. ping jadi 1000+
    Please la TM… Berintegriti la sikit

  14. Hari-hari TM tepon offer upgrade dari 4m ke 8m.Bila dah upgrade hari-hari aku pulak yang tepon TM pasai report tak settle2

Komen

Nama
Web