Cari @ Amanz

Sony Xperia VSalah satu peranti yang dinantikan pelancarannya di Malaysia adalah Sony Xperia V, dan kini melalui laman Facebook, pihak Sony Malaysia telah memulakan promosi untuknya, disamping menambah ia pada halaman web rasmi Sony Malaysia.

Xperia V membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, skrin bersaiz 4.3-inci dengan sokongan Mobile Bravia Engine 2, serta dilengkapi dengan kamera 13-megapixel padanya.

Ia turut kelihatan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan mungkin kemaskini untuknya akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Beberapa ciri-ciri seperti kalis air dan tahan lasak turut disertakan padanya. Ia masih tidak diketahui lagi Xperia V yang bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan akan menyokong rangkian LTE di Malaysia ataupun sebaliknya.

Harga dan tarikh jualan mungkin akan diumumkan pihak Sony Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd