READING MODE  
Informasi Teknologi Terkini

Xperia Z daripada Sony merupakan peranti yang dinantikan ramai, dan dijangka akan diumumkan pada CES 2013 ini. Ciri-ciri baru padanya masih menjadi tanda tanya, dan kini ePrice berkongsi beberapa perkara baru mengenai peranti bersaiz 5-inci ini.

Sony Xperia Z

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan peranti Xperia Z ini bakal membawakan kerangka berupa “skeleton frame structure“. Apakah yang dimaksudkan dengannya, kami kurang pasti buat masa ini.

Xperia Z

Selain daripada itu, ia juga turut dikatakan Xperia Z akan menyertakan sokongan rakaman video dalam bentuk HDR padanya.

Ciri-ciri lain yang boleh dikatakan akan disertakan berkemungkinan adalah kalis air dan juga sebagainya.

Apa-pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Sony pada acara CES 2013 tidak lama lagi.

Terdapat 10 komen
  1. simpan angan2. mcm biasa, nak masuk pasaran malaysia tunggu tgh tahun atau hujung tahun nnti k.

    Thumb up 10 Thumb down 5

    • Tak tahu betul ke tak, tapi mungkin selepas Sony announce 7 Jan (Malaysia – 8 Jan), 15 Jan masuk pasaran China. Mungkin dua tiga bulan, masuk lah pasaran Malaysia, itu pun bergantung kepada Sony Malaysia.

      Thumb up 6 Thumb down 4

    • sony malaysia kalau high end model mmg lambat… software update pon slow.. aku tak tau la nape smpai skang still pakai brand sony lagi. hehe

      Thumb up 0 Thumb down 0

  2. wow, inilah henpon yang aku tggu tggu dari sony, akhirnya ada phone yang aku akan beli dari sony sejak xperia x10 dulu

    Thumb up 14 Thumb down 4

  3. Dengar-dengar walau 5 inci, sedap di pegang dan tak terasa besar seperti Galaxy Note.

    Thumb up 0 Thumb down 1

Komen

Nama
Web