READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Xperia ZL Kini Disahkan Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada January 16, 2013 oleh

Pada pelancaran Xperia Z dan Xperia ZL di pasaran Asia Tenggara semalam, salah satu perkara yang diperkatakan adalah Malaysia tidak akan menerima Xperia ZL. Namun, kini pihak Sony Malaysia mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia pada tempoh yang lebih kurang sama dengan Xperia Z.

Xperia Z dan Xperia ZL

Xperia Z dan Xperia ZL

Xperia ZL membawakan spesifikasi lebih kurang sama dengan Xperia Z, tetapi membawakan rekabentuk yang tidak kalis air dan tidak boleh merakamkan gambar resolusi penuh menggunakan kamera hadapan. Namun, ia menyertakan butang kamera fizikal padanya, berbeza dengan Xperia Z yang tidak membawakannya. Berkemungkinan ia akan berharga sedikit rendah berbanding Xperia Z.

Berkemungkinan Xperia ZL turut sama dibawa adalah mungkin kerana permintaan pengguna, ataupun pegangan pasaran Sony Mobile di Malaysia yang lebih baik berbanding beberapa negara lain di rantau Asia Tenggara ini.

Xperia Z dan juga Xperia ZL dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Mac kelak.

Terdapat 44 komen
Komen Popular
  1. Galaxy S4 nye pun tak kelihatan di horizon. Xperia Z dan ZL pula dah disahkan untuk pasaran.

    Anda memang fanboy sejati Samsung. Semua post yg xde tulis Samsung pun kamu nak juga tulis. Go K-Pop!

Keseluruhan Komen
  1. Memang minat dgn model ni, pasal amik gambar dgn hp sony memang terbaik kualitinya. Boleh tau tak berapa anggaran harganya nanti.

    • Kalau ikutkan leaked price di Thailand, dalam RM2k jugak la.

      Kalau ikutkan harga preorder yang dah dimulakan di UK, ia sama harga dengan diorang punya Note 2 (jurang harga UK dengan Malaysia berbeza, jadi lebih senang banding produk-ke-produk secara relatif).

      Pendek kata, siap sedialah at least RM1999 kalau mau sambar ini phone. Ia masih lagi berkemungkinan untuk ia dipermurahkan lagi bagi pasaran Malaysia, walaubagaimanapun.

      • Eh silap, harga tu untuk Xperia Z. Masih lagi dalam mood super excited akan Xperia Z.

        Yay, sila baling tomato kepada aku.

        • Bulan Januari ni memang meroyan Xperia Z. Aku ramal xperia z ni harganya sama macam S3 waktu mula mula annonce, which is rm2199. kalau sony nak push sales, maka mereka perlu jual sebelum S4 announce. part melakat cap jari tu kurang berkenan.

          zl aku rasa kurang rm2000, so likely harga dia rm1999.

          nah gua baling gula kapas sama bro

  2. Amanz,bukan xperia Z pun ada butang kamera fizikal juga ke??xsilap sy,di bahagian kanan bawah…dan bukan ke sudah menjadi identiti high end xperia disertakn dgn butang kamera?

    • Tidak. Xperia Z tiada butang kamera fizikal. Pada bahagian kanan cuma ruangan mikro-SIM, butang kuasa dan juga butang kawalan bunyi sahaja.

      • Tp dr gambar di laman sensawang gsmarena dn phonearena,sy nmpk ada button dibahagian kanan bawah tu.kalo ada,ianya utk apa?mungkin pihak tuan leh periksaknnya lg skali utk sy…maaf kalo sy salah.

  3. Apa kata kita tunggu saja Samsung Galaxy S4 akan keluar dalam Mac – April 2013 nanti?…..

    Support LTE 2900Ghz, 5.0 inches Super AmoLED 2 Unbreakable SHD Flexi-Screen, Prosessor 2.0 GHz, Memory 16GB & Slot Memory Card support 64GB, ROM Memory 2GB, Android 4.2 Jelly Bean upgrade-able to Android 5.0 Key Lime Pie. Samsung Touch-wiz 2.0 dan comes with Wacom Bamboo stylus-pen? Inilah baru betul2 namanya smartphone…

    • Galaxy S4 nye pun tak kelihatan di horizon. Xperia Z dan ZL pula dah disahkan untuk pasaran.

      Anda memang fanboy sejati Samsung. Semua post yg xde tulis Samsung pun kamu nak juga tulis. Go K-Pop!

    • Ni forum sony.. apahal citer bab samsung plak bro..? Gajet tu x wujud lg xpayah cerita la..

    • samsung bukan taraf sony. sony ada trademarks, certified, n specialty dia sndiri. jgn bandingkan. sbb samsung LOSER.

    • Psy nak datang Penang nanti. Mohon Penasaran S4 a.k.a K-popper datang memeriahkan suasana dan jerit “saya nak S4″ kuat-kuat di majlis itu nanti.

  4. Kenapa Display Iphone 5 Nampak lbih Cun dari Sony Xperia ZL?. Iphone 5 cuma 326ppi je tpi SXperia ZL 441ppi.

  5. Semua model kalis air Sony sekarang dah tak ada butang kamera fizikal. Mungkin faktor harga. Tapi jangan lah dibuang terus ciri yang buatkan Sony unik dikalangan pembuat smartphone lain

  6. Cakap pasal butang ni kenapa Aman punye komen xde butang “like” atau “dislike” huh? ini tidak adil…

Komen

Nama
Web