Cari @ Amanz

Selain daripada cip pemprosesan berasaskan ARM yang digunakan pada telefon pintar, Intel juga bersama-sama beberapa pengeluar telah memperkenalkan peranti mudah-alih menggunakan cip Intel, dan salah satunya adalah daripada Acer.

Acer Liquid C1

Hari ini, Acer Malaysia berkongsi mengatakan yang mana mereka akan mula menjual telefon pintar berasaskan cip Intel bermula bulan Mac ini.

Telefon pintar yang dipanggil Acer Liquid C1 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Atom, memori sebanyak 1GB RAM, skrin bersaiz 4.3-inci, serta ruangan storan sebesar 4GB. Dari peranti yang diperlihatkan oleh Acer, ia menjalankan Ice Cream Sandwich, dan pihak Acer Malaysia mengatakan sekiranya berkesempatan, peranti akhir kelak akan dijual dengan menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Acer Liquid C1

Tarikh jualan rasminya masih tidak diketahui, dan Acer Malaysia sekadar mengatakan ia akan dijual bermula Mac pada harga dibawah RM1000.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd