Cari @ Amanz

Adobe hari ini mengumumkan pengenalan perkhidmatan Adobe Creative Cloud di Malaysia, sekaligus memberikan peluang untuk para pengguna tempatan mengakses dan menggunakan perkhidmatan berasaskan langanan daripada Adobe ini.

Pengenalan Adobe Creative Cloud

Dengan melanggan perkhidmatan Adobe Creative Cloud membolehkan pengguna memuat-turun dan memasang semua aplikasi desktop Adobe Creative Suite, termasuk perisian Photoshop Lightroom, Adobe Muse, dan beberapa yang lain.

Jikalau dibandingkan dengan pembelian perisian Creative Suite secara berasingan, Adobe Creative Cloud ini menawarkan penjimatan untuk pengguna, disamping didatangkan dengan beberapa ciri-ciri tambahan termasuk storan awan, sync antara peranti dan sebagainya.

Adobe Creative Cloud ditawarkan pada harga langganan tahunan bermula $840 setahun untuk seorang pengguna. Tetapi, sekiranya anda merupakan pelanggan Creative Suite 3 atau yang terbaru, maka anda boleh mendapatkan langganan Creative Cloud ini pada harga langganan $600 setahun untuk seorang pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd