Cari @ Amanz

Adakah anda akan membeli iWatch?Desas-desus mengenai jam tangan pintar daripada Apple bukanlah sesuatu yang baru, dan kini dilaporkan Apple sedang mengujinya secara dalaman, menggunakan rekabentuk kaca melengkung padanya.

iWatch

Ia dikatakan berkemungkinan menjalankan sistem operasi iOS. Tetapi bilakah ia akan dipasarkan ataupun diperkenalkan kepada umum masih tidak diketahui lagi.

Jam tangan pintar bukanlah sesuatu yang baru, dimana terdapat beberapa jam tangan dengan kebolehan mengintegrasikan ia dengan telefon pintar, dan memaparkan pelbagai informasi terus pada jam tangan.

Pengguna Apple sendiri ramai yang menggunakan iPod Nano dan juga watchbands dalam menggunakan ia sebagai jam tangan. Namun, dengan perubahan saiz iPod Nano yang diperkenalkan pada tahun 2012, ia tidak lagi boleh dilakukan sedemikian.

Jadi, sekiranya Apple memasarkan jam tangan pintar, adakah ia akan menjadi pilihan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd