Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran BlackBerry 10 hari ini di Malaysia, pihak BlackBerry turut sama berkongsi dimana peranti Z10 yang akan mula dijual bermula bulan hadapan akan berharga RM2188.

BlackBerry Z10

Namun, harga yang ditawarkan melalui pakej telekomunikasi mungkin lebih murah, dan ia tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

BlackBerry Z10 merupakan peranti pertama BlackBerry 10 yang dijual di Malaysia, membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dilengkapi memori 2GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB (dengan sokongan mikro-SD), sokongan mikro-HDMI, NFC, dan semestinya dilengkapi dengan sistem operasi Blackberry 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd