READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

BlackBerry Z10 hari ini diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, membawakan peranti yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 ke pasaran Malaysia. Daripada apa yang dikongsikan, Maxis, DiGi dan juga Celcom akan menawarkannya di Malaysia.

BlackBerry Z10

BlackBerry Z10 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina sebanyak 16GB dengan sokongan kad-mikro SD, serta sokongan HDMI, NFC dan beberapa yang lain.

Harganya masih belum diumumkan secara rasmi, tetapi pelbagai ura-ura mengatakan ia akan berharga sekitar RM2188. Harga dengan pakej dan pelan syarikat telekomunikasi akan lebih murah, dan BlackBerry turut menawarkan sokongan trade-in untuk peranti sedia ada.

Kami akan membawakan pandang pertama peranti BlackBerry Z10 lewat hari ini.

Terdapat 33 komen
Komen Popular
  1. Kita tak perlu layan sangat peminat berani mati Iphone 5 tu. Biarlah dia dengan dunianya sendiri.

Keseluruhan Komen
    • Never underestimate dualcore. Dari segi benchmark pun iPhone 5 masih mengungguli.

      Tp biasa la tipikal pembaca Amanz. Pada mata mereka, specs yg penting adalah bilangan teras semata2.

  1. Amanz

    Celcom & Digi – 8 April atau 8 Mac? ada blog letak 8 mac….

  2. Tak kira la kalau kau dari android or ios, bertukar ke bb ni mmg kau jenis spesis gatai tangan. Kalau dr wphone kira logik la

      • Kita tak perlu layan sangat peminat berani mati Iphone 5 tu. Biarlah dia dengan dunianya sendiri.

        • Silap2 tak pakai iPhone 5 pun.

          Entah2 mamat “iPhone 5″ tengah pakai Galaxy Y. Troll macam2 sebab jeles dengan pengguna Nexus 4, Galaxy S3, iPhone 5 dan Blackberry.

      • Kita semua tahu apps masih tak byk di bb ni. So logiknya kenapa harus upgrade?

        Saya juga tidak dapat melihat dimana lebihnya bb ini jika dibandingkn dgn model 2012 seperti s3, iphone 5, htc one x dll.

        Cubalah jelaskan juga apa kelebihan bb ni? Mungkin ada info yg saya miss. Kalau sekadar minor je baik tak yah kan. Kalau UI unik kononnya, tapi menyusahkan pun buat apa gak kan sahabat sahabat yg budiman semua

        En. Aman sgt professional cuba bertanya dahulu sebelum beremosi. Hik hik..

        • Saudara “iPhone 5″, dimanakah saya beremosi? Adakah pertanyaan saya mengenai “kenapa” dianggap sebagai emosi?

          Dari segi keunikkan, saya belum mencuba sepenuhnya peranti ini, jadi mungkin saya tidak ketahui sepenuhnya. Tetapi jikalau dibandingkan dengan peranti iPhone 5, mungkin boleh dikatakan antara yang saya gemar pada BBZ10 ini adalah dimana sokongan papan kekunci atas-skrinnya, kamera dengan fungsi TimeShift, aplikasi Story Maker yang memudahkan pengeditan video, serta halaman setempat untuk mengakses segala permesejan dan juga komunikasi. Semestinya mungkin terdapat beberapa yang lain, dan mungkin juga saya silap.

          Berkenaan dengan aplikasi, ia masih lagi boleh dikatakan platform yang baru. Namun, sekiranya banyak pun, saya rasa tidak akan menggunakan sepenuhnya kesemua aplikasi. Antara aplikasi yang saya sedih sebab tiada pada BlackBerry 10 adalah G+, dan Flipboard. WhatsApp turut belum diterbitkan buat masa ini, dan harap akan tersedia ketika pelancarannya kelak. Ia turut dikatakan BlackBerry 10 akan boleh menjalankan aplikasi Android, tetapi saya masih tidak jelas bagaimana untuk menggunakannya buat masa ini. Mungkin perlu mencubanya sendiri baru tau sepenuhnya.

          Jadi, mungkin saudara boleh berkongsi apa yang saudara tidak menyukai berkenaan dengan BBZ10 ini, dan sama-sama kita bincangkan mengenainya.

          Yosh!

          • Oh maaf. En aman sudah salah faham. Saya tak kata en aman beremosi. Tapi sesetengah. Sehingga berkomentar seperti pengguna galaxy y itu terlalu rendah. Tapi serendah2 samsung y tu masih boleh berinstagram, whatsapp dll.

    • aku pn fan apple jg n guna iphone 5 tp x la gila fanatic mcm ‘iphone5′ tu, mcm la dia sorang pakai,mcm la ip5 tbaik sgt..BB10 bg aku os mmg gempak, iphone ios dia sgt boring, aku guna so aku leh komplen la..mmg sgt boring, cuma yg best byk app,games n best2, nak jailbreak lak..pastu app kat cydia kalo nak gempak mesti app kena beli, dah la dah broken warranty, app kena beli lak, teruk.., ios 6 adalah ios paling byk probelm dlm sejarah ios bg aku la, tgk la kat applesupport bapak byk gila komplen mcm2 mslh, apple dah berapa kali update masih ada bug sana sini dia…’ iphone5′ jgn jalan mendongak ke langit nnt jatuh longkang busuk…

      • No need to feed the troll. By logic, mana2 fanboy sejati takkan buat perkara yang macam “iPhone 5″ lakukan.

        Perasan tak, dengan hanya bermodalkan 2 baris ayat, beliau dapat mewujudkan respons demi respons yang memburukkan iPhone 5. Itu intensional, simple politics.

        Respons demi respons cuma membuahkan kepuasan pada beliau. Downrank je memadai, tak yah layan sangat.

    • buat terok boleh ko ni,suke hati dorg lah nak tukar,dorg lagi bagos sbb brani cube sesuatu yg baru, ceh -_-

  3. Pencabar Samsung Galaxy S3 dan iPhone5 sudah datang…Sama2 kita lihat siapa yang kena!
    Harap2 kedua2 akan jatuh ketangan BB Z-10 yang hebat, menggiurkan dan berkuasa ini….

    • S3 n iphone 5 tu 2012 la. Takpe saya tak marah, saya tak emosi pun.

    • Aku tak tahu la kenapa, aku rasa tak menarik pun henset nih…

  4. Daripada pengamatan saya tentang hampir semua komen yang telah dibaca, mungkin perkara ini perlulah disedari oleh semua pengguna telefon pintar / smartphone dari seluruh dunia dan untuk apa-apa brand / jenama telefon / pengeluar sekalipun:-

    1. Citarasa pengguna adalah berbeza; kelompok pengguna yang biasa-biasa (tak perlu advance); pengguna yang intermediate (sedikit advance dgn beberapa aplikasi yang favorite dan berkemungkinan secara terhad); pengguna high end/advanced (byk aplikasi digunapakai, menggunakan phone bukan sekadar call/sms/facebook/instagram/twitter/google/dsb tetapi dijadikan peranti sbg modem, tethering, wifi hot spot, nfc, editing videos, editing mp3, story telling melalui flipboard, notes, currency exchange, emailing, pdf, games, etc…);

    2. Citarasa pengguna atas pelbagai platform/UI: Android, iOS, Windows phone dan termasuklah pemilihan UI (User interface) yang berbeza yang telah diperkenalkan oleh pengeluar seperti Samsung, Apple, LG, Sony, Pantech, Nokia, dsb…

    3. Kewujudan kumpulan pengguna yang fanatik terhadap sesuatu smartphone atas platform berbeza-beza ini yang sememangnya mempunyai different point of views.

    4. Pengguna yang cenderung untuk menukar telefon pintar atas sebab-sebab tersendiri, ada kemungkinan mahu mencuba yang baru atau mencari kelainan dan ini tidak menjadi isu yang besar kerana kehendak serta citarasa akan berubah dari semasa ke semasa seiring dengan kemajuan teknologi telefon pintar saban tahun akibat kecenderungan pengeluar melakukan persaingan bagi memastikan pasaran pengguna didominasi secara optimum dan sekaligus membantu melonjakkan jenama dan pengeluar…

    5. Persaingan dalam industri telefon pintar semakin rancak dan pengguna semestinya mempunyai curiosity apabila telefon bimbit baru diperkenal dan menampilkan kelainan dari semasa ke semasa…

    • betol apa kata Aah… hp ni pon macam kereta ada pelbagai… sbb manusia ni kemampuan,kehendak dan selera lain-lain… kalau nak hebat kenapa semua tak pakai ferrari,bugati atau apa2 supercar. kenapa ada pakai kancil,proton mahupon honda 2nd. malahan ada yang pakai alphard tapi masih juga menggunakan kancil.kerana praktikal.mudah. macam tu la hp.ada suka wp,iphone,blackberry,android,samsung,alcatel,nokia htc dan segala mak nenek… kalau pegi jepun nuh macam2 hp ada.lagi canggih dari yg ada kat malaysia. ala rasanya semua yg pakai sistem ios,wp,symbian,android yg berumur lingkungan 30-40 rasanya semua pernah pakai hp nokia… cuma generasi sekarang ni tak pernah merasa hp yg di charge 2-3 jam tapi mampu bertahan sampai seminggu.

Komen

Nama
Web