Cari @ Amanz

Bagi pengguna peranti iOS 6.0 dan terkini, semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah jailbreak untuknya. Setelah dinantikan lama, akhirnya, kini pembangun yang dikenali sebagai pasukan Evad3rs telah pun melancarkan ia untuk para pengguna peranti iOS.

evasi0n

Bagi mereka yang menggunakan sistem operasi iOS 6.0 dan terkini boleh memuat-turun jailbreak daripada laman Evasi0n.com hari ini, dan memulakan proses jailbreak untuk peranti iOS anda. Fail pemasangan yang disediakan menyokong pelbagai peranti, termasuk:

  • iPhone 3GS, 4, 4S, dan juga 5
  • iPad 2, 3, 4, iPad Mini
  • iPod Touch 4G, 5G

Seperti sedia maklum, terlebih dahulu, pastikan anda membuat salinan pendua data peribadi untuk peranti anda sebelum memulakan proses jailbreak untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd