Cari @ Amanz

Beberapa hari sebelum ini, kita telah melihat laman JAWI digodam oleh pengodam yang mengelarkan diri mereka Sofea Hana. Hari ini, kelihatan laman Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan digodam.

JKKKP Digodam

Padanya, diperlihatkan sebuah memo dan permintaan ringkas, yang mana dihoskan daripada laman Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama, daripada apa yang dikongsikan oleh KenaHack, pelayan laman JKKKP juga turut sama menyertakan sebuah Sistem Kendalian Aplikasi Pilihanraya (SIKAP) padanya. Ia tidak diketahui berkenaan data didalamnya diusik ataupun tidak.

Sehingga artikel ini diterbitkan, laman tersebut masih belum kembali pulih lagi, dan masih memaparkan mesej daripada pengodam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd