Cari @ Amanz

TwitterHari ini, Twitter melalui halaman blog rasmi mereka berkongsi mengatakan mereka telah digodam, dan sebanyak lebih kurang 250,000 akaun menerima kesan daripadanya. Sekiranya anda merupakan salah seorang mangsa, maka anda akan menerima emel daripada pihak Twitter untuk mengubah kata laluan anda.

Walaupun angka pengguna yang menerima kesan daripadanya adalah kecil jikalau dibandingkan dengan angka keseluruhan Twitter, namun, pihak Twitter mencadangkan untuk semua pengguna mengubah dan menggunakan kata laluan yang lebih selamat untuk akaun mereka.

Twitter mencadangkan supaya pengguna menggunakan kata laluan dengan gabungan abjad, simbol dan angka yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 aksara.

Buat masa ini, Twitter masih dalam proses kajian berkenaan siapakah disebalik pengodaman ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd