Sistem operasi Firefox OS untuk telefon pintar telah diperkatakan sejak tahun lepas. Selepas mendemonstrasikan versi pembangunannya, kini Mozilla turut sama mengumumkan beberapa rakan kerjasama untuk platform operasi mereka.

Seperti semua sedia maklum, ZTE dan Alcatel merupakan antara rakan kerjasama mereka, dan kini turut diumumkan LG dan juga Huawei turut sama akan hadir dengan peranti masing-masing kelak pada tahun ini.
Firefox OS merupakan salah satu sistem operasi mudah-alih yang berasaskan kepada HTML5 sepenuhnya. Mozilla turut sama menyediakan sebuah perkhidmatan memuat-turun aplikasi dinamakan sebagai Mozilla Marketplace.
Antara aplikasi yang dikatakan telah bersedia untuknya adalah termasuk Twitter, Facebook, SounCloud, permainan Cut The Rope, Nokia Here, dan beberapa yang lain.
Buat masa ini, bilakah ia akan hadir ke Malaysia masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, diumumkan, syarikat telekomunikasi dari negara jiran, SingTel merupakan salah satu rakan kerjasama untuk Firefox OS ini.
Tak sabar nk raso kelainan firefox OS ni..
android n iOS da rasa.. hihi
firefox OS dan ubuntu pulak lepas ni menyemakkan lagi persada mobile …
Baguslah Banyak OS untuk Mobile Baru Banyak Pilihan Mengikut citarasa sendiri
tak best kalau ada satu je..nanti bila dah monopoli, masak lah kau..servis cincai je..macam astro
Samsung pun dah buat os sendiri Tizen diambil dari projek Nokia. Tapi device x tau bila nak keluar.
Firefox os ni mungkin langkah waspada pengeluar henpon spti sony,lg , dll kerana, jeng jeng jeng, kerana google dah bli motorola dan menurut khabar angin, selepas 2014/2015 , android hanya exclusive pada motorola. Oleh kerana perkara tersebut samsung takeover meego yang dah mati drpd nokia+ intel dan membangunkan tizen bersama intel,