Cari @ Amanz

Sistem operasi Firefox OS untuk telefon pintar telah diperkatakan sejak tahun lepas. Selepas mendemonstrasikan versi pembangunannya, kini Mozilla turut sama mengumumkan beberapa rakan kerjasama untuk platform operasi mereka.

Firefox OS

Seperti semua sedia maklum, ZTE dan Alcatel merupakan antara rakan kerjasama mereka, dan kini turut diumumkan LG dan juga Huawei turut sama akan hadir dengan peranti masing-masing kelak pada tahun ini.

Firefox OS merupakan salah satu sistem operasi mudah-alih yang berasaskan kepada HTML5 sepenuhnya. Mozilla turut sama menyediakan sebuah perkhidmatan memuat-turun aplikasi dinamakan sebagai Mozilla Marketplace.

Antara aplikasi yang dikatakan telah bersedia untuknya adalah termasuk Twitter, Facebook, SounCloud, permainan Cut The Rope, Nokia Here, dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, bilakah ia akan hadir ke Malaysia masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, diumumkan, syarikat telekomunikasi dari negara jiran, SingTel merupakan salah satu rakan kerjasama untuk Firefox OS ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd