Cari @ Amanz

Malaysia Technology Expo adalah salah satu acara tahunan yang diadakan, memperlihatkan pelbagai projek daripada universiti, dan beberapa institusi tempatan, dan salah satu yang dipamerkan hari ini adalah rekabentuk tangan tiruan biomekatronik.

Projek ini dibangunkan oleh UTHM, dimana memfokuskan kepada pembangunan tangan robot yang mengikuti gerakan seumpama tangan manusia.

Ia dikatakan tangan tiruan ini dikawal melalui sebuah microcontroller yang melalui beberapa siri sensor flex, dan seterusnya mengawal gerakan servo motor.

Daripada apa yang dipertontonkan, ia kelihatan boleh membantu mereka yang cacat untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd