READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pandang Pertama – HTC One

Diterbitkan pada February 24, 2013 oleh

Tidak sampai beberapa minggu HTC Butterfly muncul di pasaran Malaysia, kini, HTC mengumumkan HTC One, sekaligus mengambil-alih takhta sebagai peranti terbaik keluaran mereka. Penambahbaikan dapat dilihat dari segi pemproses, teknologi kamera dan penggunaan antaramuka baru Sense 5. HTC One diperkasakan dengan pemproses 1.7 GHz empat teras Snapdragon 600, RAM 2 Gigabyte, muatan dalaman 32/64 Gigabyte dan kamera utama sebesar 4 Megapixel dengan teknologi UltraPixel.

Spesifikasi HTC One
Cip 1.7GHz (empat-teras) Snapdragon 600
Kamera Utama 4 Megapixel dengan UltraPixel
Kamera Hadapan 2.1 Megapixel Wide Angle
Storan Terbina 32 / 64 Gigabyte
RAM 2 Gigabyte
Skrin 4.7-incii Super LCD3 HD Penuh
Bateri 2300 mAh

Dari segi fizikal HTC One mempunyai mutu binaan yang terbaik pernah kami lihat untuk sebuah peranti Android. Keseluruhan tubuh peranti ini dihasilkan dari sebongkah aluminium yang menurut HTC mengambil masa 120 minit untuk dihasilkan. Kesemua ini dilakukan bagi memastikan tiada kesan penyambungan pada casis telefon pintar ini. Apabila memegang peranti ini di dalam tangan anda, anda dapat merasakan perbezaannya berbanding peranti lain yang ada di luar sana.

Pada bahagian kiri terdapat butang suara yang juga diperbuat dari aluminium. Pada bahagian atas terdapat butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pemancar infra merah terbina. HTC One kini boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh. Fungsi ini terlebih dahulu dilihat pada tablet Galaxy Tab 7.7. Pada bahagian kiri pula terdapat slot untuk kad mikro SIM sementara pada bahagian bawa pula terdapat slot untuk USB mikro.

Skrin LCD 3 sebesar 4.7 inci digunakan pada HTC One. Ini adalah lebih kecil dari skrin HTC Butterfly sebesar 5 inci. Sungguhpun begitu skrin HTC One mempunyai kepadatan pixel yang lebih tinggi dari Butterfly iaitu 469 pixel setiap inci.

Sense 5.0

Antaramuka Sense diberikan perubahan drastik untuk versi ke lima kali ini. Skrin kekunci kini hanya memerlukan anda mentatalkan jari ke atas untuk menyahkunci. Pada home screen terdapat BlinkFeed yang menjadi pembaca RSS Feed, laman sosial dan kalender anda. Menurut HTC home screen yang sedia ada tidak mampu memberitahu pengguna tentang apa yang berlaku di luar sana dengan segera.

Dengan BlinkFeed kesemua berita terkini, status terkini teman di laman sosial dan temujanji anda dipaparkan secara terus pada home screen. BlinkFeed boleh ditatal keatas dan ke bawah bagi menunjukkan lebih banyak jubin maklumat. Blinkfeed mempunyai banyak persamaan dengan Flipboard. Jubin maklumat apabila ditekan akan memaparkan kandungan penuhnya. Anda boleh memilih maklumat apakah yang anda mahu paparkan di dalam BlinkFeed. Secara default BlinkFeed akan menjadi home screen Sense 5.0  tetapi anda mempunyai kebebasan untuk tidak menggunakannya sekiranya mahu menjimatkan penggunaan bateri dan RAM.

Sebuah lagi perubahan ketara ialah HTC hanya mempunyai 2 butang fizikal berbanding 3 pada peranti HTC sebelum ini. Butang multi tasking kini tidak lagi disertakan dan butang home kini terletak di bahagian bawah bahagian kanan peranti. Untuk mengakses skrin multi tasking anda perlu menekan butang home sebanyak dua kali. Paparan aplikasi pada skrin multi tasking juga diberikan nafas baru dengan 9 aplikasi terakhir anda gunakan dipaparkan dalam bentuk grid. Ini adalah amat mirip paparan skrin multi tasking yang digunakan pada peranti Meego Nokia N9.

Paparan berbentuk grid ini adalah sangat mesra pengguna pada pendapat kami kerana ia menunjukkan kesemua aplikasi yang aktif tanpa perlu melakukan tatalan. Cuma kami rasakan pembuangan butang multi tasking dan digantikan dengan menekan butang home sebanyak dua kali pula adalah sebaliknya.

Perubahan pada antaramuka talam aplikasi juga dilakukan. Tatalan talam aplikasi kini adalah ke atas dan ke bawah dan bukannya kiri dan ke kanan. Sense 5 membenarkan anda menyusun ikon aplikasi dalam sususan 3×3 atau 4×3. Perubahan arah tatalan juga dilakukan pada antaramuka pemilihan widget.

Akhir sekali ikon-ikon Sense 4+ juga diubah dengan ikon baru yang lebih menarik dan bersolusi tinggi.

BoomSound

Sejak bertahun lamanya majoriti telefon bimbit hanya dilengkapi dengan sebuah pembesar suara mono. Ini adalah kerana hanya sebuah pembesar suara diperlukan untuk melakukan panggilan bebas tangan. HTC Radar sebelum ini ialah antara peranti yang mempunyai dua pembesar suara stereo tetapi ianya kurang mendapat sambutan. iPad Mini pula menjadi peranti pertama Apple dengan kemampuan stereo. BoomSound ialah usaha terkini HTC untuk menghasilkan kualiti bunyi terbaik pada peranti mobil. Dari pengamatan kami HTC One mempunyai pembesar suara dengan kualiti bunyi yang terbaik pada mana-mana peranti yang pernah kami temui.

Selain daripada itu terdapat fungsi karaoke di mana kesemua lagu di dalam peranti anda boleh dimainkan lengkap dengan lirik lagu. Boomsound menggunakan teknologi dari SoundHound untuk memastikan lirik lagu adalah betul dan muncul tepat pada waktunya,

Kamera : Ultrapixel

Penggunaan kamera utama hanya sebesar 4 Megapixel mengejutkan ramai diantara anda. Ianya mempunyai sensor yang lebih kecilr dari Nokia N95 yang muncul di pasaran pada tahun 2007. Pihak HTC berkata megapixel tidak lagi penting untuk peranti masa hadapan tetapi saiz pixel adalah lebih utama. Oleh itu teknologi UltraPixel digunakan di mana HTC mendakwa sensor mereka dapat menangkap 300% lebih banyak cahaya dari sensor kamera biasa. Hasilnya ialah gambar yang mempunyai imej yang lebih tajam dan berfungsi dengan baik di dalam situasi pencahayaan rendah. HTC One mempunyai saiz pixel sebesar 2 mikron berbanding 1.4 micron pada iPhone5 dan Lumia 920. Secara teorinya gambar yang diambil dari HTC One adalah lebih jelas berbanding peranti lain.

Di bawah ialah gambar yang kami ambil menggunakan HTC One dan Sony Xperia Z . Jelas kelihatan gambar yang diambil dengan HTC One lebih terang dan tajam berbanding Xperia Z yang mempunyai saiz pixel 1.2 mikron.

Kamera : HTC Zoe

Selain Ultrapixel, HTC One juga didatangi dengan fungsi baru HTC Zoe. Zoe ianya singkatan perkataan Zoetrope yang bermaksud roda kehidupan. Di dalam mod Zoe, gambar yang diambil turut disertakan dengan klip video sepanjang 4 saat. Dua saat sebelum pemetik kamera ditekan dan dua lagi selepas pemetik kamera ditekan. Dari klip video ini suntingan gambar seperti pembuangan objek, gambar berturutan dan suntingan air muka.

Fungsi suntingan air muka HTC Zoe adalah seperti fungsi suntingan muka yang ada pada Samsung Galaxy Note 2. Air muka pada gambar yang diambil boleh diubah dan digantikan dengan air muka berbeza dari klip video empat saat yang diambil.

Fungsi gambar berturutan pula membolehkan anda menggabungkan pelbagai gambar aksi menjadi sekeping gambar.Seperti contoh gambar di atas 5 keping gambar seorang lelaki menaiki basikal digabungkan menjadi sekeping gambar komposit. Akhir sekali ialah fungsi pembuangan objek di mana elemen pada gambar yang tidak diingini boleh dibuang mengikut kehendak pengguna. Fungsi ini sama seperti fungsi content aware fill yang ada pada perisian Adobe Photoshop.

HTC Zoe juga boleh digunakan bagi menghasilkan klip video pendek sepanjang 30 saat secara automatik. Kesemua gambar dan klip video yang disimpan di dalam sesebuah folder akan disambungkan menjadi klip video dengan muzik yang dipilih sendiri oleh pengguna.

Seperkara lagi antaramuka galeri gambar juga diberikan penaiktarafan dengan thumbnail yang tidak lagi statik. Sekali imbas dari muka utama galeri anda boleh mengetahui isi kandungan setiap folder yang ada.

Fungsi suntingan gambar baru juga dalam dilihat di dalam Sense 5 dimana beberapa penapis dan kesan khas baru ditambah dari yang sudah sedia ada di dalam Sense 4+.

Kesimpulan

HTC One ialah peranti Android paling kemas dan cantik yang pernah kami lihat. Binaan casis dari sebongkahg aluminium menghasilkan kualiti binaan yang jauh lebih praktikal dari plastik ataupun kaca yang sedia ada. Dari segi sistem antaramuka pula Sense 5 yang minimalis tetapi kemas adalah sangat berbeza dari Sense 4+ yang sudah biasa kami lihat.

Kamera 4 megapixel UltraPixel HTC One pula mengambil gambar yang baik dan terang sungguhpun pada keadaan cahaya yang rendah. Resolusi gambar adalah lebih kecil  iaitu 2688 x 1520 pixel berbanding 3264×2448 pixel pada kamera 8 megapixel. Sungguhpun begitu kami mendapati saiz fail gambar HTC One adalah lebih besar.

Fungsi HTC Zoe pula memudahkan penyuntingan gambar. Mod pembuangan objek dan pengubah air muka semestinya berguna bagi mereka yang tidak mahu membuang masa menyunting gambar menggunakan Photoshop pada komputer mereka.

BoomSound pastinya menarik minat mereka yang gemar mendengar muzik dari peranti mereka tanpa menggunakan fon telinga. Bunyi stereo dengan sokongan Beats Audio benar-benar hidup dan terdapat fungsi karaoke lengkap dengan lirik.

Akhir kata HTC One ialah peranti terbaik Android yang ada di pasaran sekarang dan memperbaiki kelemahan yang ada pada HTC Butterfly sebelumnya. Ianya akan muncul di pasaran Malaysia pada akhir April dengan harga saranan sekitar RM 2299 untuk versi 32GB.

 

Terdapat 104 komen
Komen Popular
  1. LOL… Penggunaan Bahasa Inggeris bukannya suatu dosa bukan, malah dalam al-Quran juga tidak mewajibkan sesuatu kaum untuk hanya menggunakan bahasa yang tertentu. Allah S.W.T sendiri tidak melarang kita menggunakan bahasa Inggeris dan kita digalakkan mempelajarinya kerana ianya merupakan ilmu pengetahuan. Ingat, bercakap biar pada ilmu dan agama. Jangan kerana mulut badan binasa. Jangan kerana dunia, akhirat tersia-sia.

  2. pada pandangan saya, HTC dah menutup segala ruang2 kelemahan yang ada pada peranti android yang lain … tapi kene tunggu samsung galaxy s4 untuk tgk fungsi2 barunya, perkara2 inilah yang menjadi dunia teknologi smartphone semakin menarik ….

Keseluruhan Komen
      • Htc bukan jenama china, ia adalah produk taiwan, macam juga laptop asus.kalau dulu produk ni top dgn jenama O2 dan dopod sebelum ditukar ke htc.nokia, motorola, sony belum keluar lagi touch skrin tp dia dah ada masa tu. Aku tengok siapa yg mewah saja mampu beli jenama ni.kualiti memang tinggi.ibarat macam kereta bmw memang mahal dan jarang orang guna tp berkualiti berbanding proton ramai yg guna sebab murah tp kualiti tak setanding bmw.

      • spec mn yg x berbaloi tu?
        guna snapdragon 600, full hd display..
        kalau ikut benchmark htc one ni jauh mngglkan smartphone laen..

  1. Audio latar suara hampir tidak kedengaran. Minta perbaiki video. Terima kasih.

  2. pada pandangan saya, HTC dah menutup segala ruang2 kelemahan yang ada pada peranti android yang lain … tapi kene tunggu samsung galaxy s4 untuk tgk fungsi2 barunya, perkara2 inilah yang menjadi dunia teknologi smartphone semakin menarik ….

    • Maafkan saya jika menyatakan perkara yg obvious, tapi saya dah bosan dengan Samsung dan phone2 plastiknya. Malah Galaxy Note 8.0 yg sudah confirm dijual bermula tengah tahun ni pun masih berasaskan binaan plastik.

      HTC here I come. HTC One baru betul premium, 2 jam proses hanya untuk rangkanya. Geram aku.

      • “Keseluruhan tubuh peranti ini dihasilkan dari sebongkah aluminium”

        Saya sokong anda. Hendak menangis pun ada dgr statement diatas

    • Bosan juga dengan iPhone5, iPad3 dan smartphone buatan China – design asyik ‘stereotype’ sepanjang masa – tiada perubahan langsung…

    • Apa2 hal pun HTC tetap jenama buatan Taiwan/China…Design pun kurang premium lah!
      Lagipun guna skrin LCD 3 tiada Corning Gorilla/tiada anti calar, padahal harga mahal giler sampai lebih RM2K tiada sebarang teknologi – ada ke patut? Rugi duit je beli.

  3. sejak nokia memberi sensor yg besar pada nokia 808 byk company cuba utk menandingi teknology pureview

    • info mybrother kat sana… sekadar utk berkongsi buat teman2…

      Sony Xperia Z :
      1- Licin (harap penjuru ketika digenggam)
      2- Mudah kesan jari tertinggal dan kesan telinga bila diguna(kotor)
      3- Sound x kuat bila dipaksa ia mengeluarkan bunyi yg serabut.
      4- Leceh bila nak caj bateri

      • Xperia Z :
        1 – Permukaan memang licin kalau tangan kamu kotor/berminyak. Kalau kamu pernah pakai iPhone 4S kamu mesti faham maksud saya. HTC One pun licin juga.

        2 – Telinga? Macam mana tu? Kan sekarang dah ada finger-print screen protector. Kalau kotor pun apa susah? Basuh sajalah, kan dah water-resistant. Contoh :

        http://www.youtube.com/watch?v=9Pp7nDmb5K4

        3 – Suara tak kuat? LOL… In real life, Xperia Z audio is more than enough. Bunyi serabut? GSMArena.com dan Techradar.com yang pakar dalam bidang audio pun cakap Xperia Z mempunyai kualiti audio yang sangat baik.

        4 – Leceh nak caj bateri? Sebab tu ada Charging Dock untuk Xperia Z. Tak payah susah-susah nak buka sana-sini, sumbat saja dan caj.

        5 – Xperia Z ada microSD slot support hingga 64GB. Kalau Xperia Z rosak, microSD masih ada, data dan stuff yang ada di microSD kamu masih selamat. Majoriti orang malas nak back-up, jadi kalau HTC One rosak sebab basah, tiada harapan. Semua gambar yang kamu ambil dengan kamera so-called ‘UltraPixel’ akan hilang buat selama-lamanya.

  4. Ya. Saya akan beli. Lagipun htc adalah sekutu apple. Hahaha.. Kali ini htc tampil dgn ui yg sangat simple. Ini yg mencuit minat saya. Dari segi pic yg terhasil, mungkin sensor dan teknologi kali ini amat bersesuaian utk diletakkan di phone. Bukannya gedebak seperti nokia 808. Saya juga akan memilih htc one lebih drpd sony z kerana display sony sgt teruk walaupun 1080p. Contras ratio yg teruk ditambah pula dgn view angle yg hancur. Lagipun 99% saat kita menggunakan smartphone lebih tertumpu pada display berbanding dgn bercakap.

    Saya juga mahu beli ini kerana buatannya premium dan kerana duit saya. Suka hati lah!!

    • iPhone 5..Bila masa Apple mahu bersekutu dengan produk OS Android – HTC ? Musuh Apple adalah, lagipun produk2 HTC kurang digemari diseluruh berbanding Samsung, Apple dan Huawei…Manakala reputasi support dan servis selepas belian produk HTC agak buruk.

      • Kasihan anda guna pelbagai nama berbeza,hakikatnya anda org yg sama. Dan,semua org tahu brdasarkan gravatar.

        Maafkan saya. Anda pasti kurang membaca. Anda tidak tahu langsung mengenai perjanjian Apple-HTC bg tempoh 10tahun?

  5. Sememangnya htc one ini adalah peranti yg sangat ranggi…saya sangat suka…htc zoe x lain spt gimik nk ubah cara galeri image dipaparkan…nice try…overall tgok htc pya strategi seakan akan dipengaruhi strategi sony dengan memfokuskan multimedia dan ui yg simple…boleh match ngan xperia zl…set gol for htc…dgn resolusi yg sgt tumpat mmg berair mata nk tgok video…

    • hampir semua smartphone yang ada di pasaran berbaloi untuk dimiliki. tapi itu semua bergantung atas penggunaan kita. kalau setakat nak guna untuk sms, call, main game (simple task macam tu..) baik beli yg bawah rm1000…berlambak lagi yang berbaloi untuk dimiliki.so, samsung ke, iphone ke, htc ke, nokia ke, or even huawei pon bagus…think wisely before you want to own it.

  6. Admin boleh buat review perbezaan gambar yg di tangkap dgn phone2 lain x? macam lumia 920, iphone 5 dan lain2..1 gambar di atas tak cukup utk perbandingan.

    • Maaf. Akan dilakukan ketika ia tiba di Malaysia kelak. Kekurangan peranti untuk dicuba ketika pelancarannya tempoh hari. ;)

          • Nokia byk noise kerana tinggikan iso cameranya pd pengcahayaan kurang. Noise reduction pd nokia juga kurang baik. Pixel yg tinggi juga utk sensor kecil nokia dan sony juga adalah tidak sesuai. Cuma org selalu beranggapan pixel tinggi lebih baik. Pureview pd nokia juga sebenarnya menipu dgn melanjutkan bukaan shutter lebih lama dr sepatutnya pd keadaan kurang cahaya. So bila semasa capture dlm keadaan bergetar adalah kurang baik. Mujurlah ianya didatangkan juga dgn vibrate reduction.

          • You don’t know what you’re talking about..go study and understand nokia 808 pureview whitepaper :)

        • Nampak jelas mutu shoot kamera HTC One memang amat kurang bagus, maklumlah cuma 4 ‘ultrapixel’…(megapixel?)
          Sinonim ‘ultrapixel’ cuma lah hype dibuat2 oleh HTC untuk mengabui mata pembeli semata2.

          • dah Amanz buat contoh pic diatas masih x nampak ker…
            perbezaan 13mp dr Xperia z tu, ko kata HTC mengabui…
            ish..ish..

          • Banding dengan android lain so far memang htc one menang. Lagi elok dari 8 mp one x+ kami. 920 terbaik semua peranti mobil

          • Amanz dah buat contoh pic diatas masih x nampak ker…
            Sony xperia z tu bukan calang2 pun masih ko kata HTC
            mengabui. ish… ish…

          • obe, htc one x+ pakai kamera sama dgn htc one x lama aku. so mmg kualiti fail.. fail banyak.

        • Lumia 920 kurang details. Noise tinggi dan reductionnya tah hapa2. Jgn ingat camera nokia bagus selama ini akan kekal bagus. Benarlah kata htc.. Perlumbaan pixel tinggi sudah berhenti dan sewajibnya dihentikan.

      • Dari gambar, HTC One berjaya merakamkan gambar yang lebih terang. Tapi image processor hampeh. Nokia 920 masih terbaik. HTC One, Nokia 920 dan Pureview808 ade kelebihan tersendiri dalam environment yang berbeza.

        • Megapixel bukan segala-galanya erti sebuah kamera. Tp ketajaman dan perisian warna lbh utama dr megapixel. – ujar Photographer

  7. Cip: Qualcomm® Snapdragon™ 600 ke S4 krait?? penin mane satu betol ni??

  8. Setahu saya, walaupun detail gambar agak baik, saiz gambar yang diambil oleh HTC One terlalu kecil berbanding peranti-peranti lain disebabkan oleh resolusi 4MP nya. Cuba lihat dan bandingkan saiz gambar dengan peranti lain.

    • LUMIA 920 lebih sedikit saiz dari HTC ONE. bila dibesarkan
      HTC ONE masih menang.

      • Hypothesis : The higher the pixel counts, the bigger the size of the photo. The better the sensor, lens, optics, the best the photo produced.

        Conclusion : HTC should have made HTC One with 8MP sensor but with same/better technology used in HTC One. That would put L920 and 808 Pureview to shame…a bit. LOL :-D

        • sanggup engko jual bahasa sendiri wlpn dlm negaramu masih.
          klu begini terus alamatlah kita ni jd mcm singapore kan.
          ingat teman….. klu kita masih dlm malaysia kita gunakan bahasa sendiri kecualilah berurusan dgn bahasa asing secara kebetulan.
          engko tengok korea, china dan jepun siap ada terjemahan bahasa lg bila mereka ada diluar negara, yg ada pangkat tu dan lebih pandai dr ko lg itupun mereka masih jg pertahankan. itu tandanya mereka adalah rakyat sejati bkn pengkhianat bangsa.

          • dia pandai dalam bahasa org putih. sebenarnya… dia tu rakyat murahan dlm negara kita ni. sy ni pun pandai jg guna bahasa tu. tp….. xkan melayu hilang didunia’

          • LOL… Penggunaan Bahasa Inggeris bukannya suatu dosa bukan, malah dalam al-Quran juga tidak mewajibkan sesuatu kaum untuk hanya menggunakan bahasa yang tertentu. Allah S.W.T sendiri tidak melarang kita menggunakan bahasa Inggeris dan kita digalakkan mempelajarinya kerana ianya merupakan ilmu pengetahuan. Ingat, bercakap biar pada ilmu dan agama. Jangan kerana mulut badan binasa. Jangan kerana dunia, akhirat tersia-sia.

          • Sabar Kathryn,

            Betul kata Kathryn, bahasa Inggeris itu ilmu Allah juga. Adakah dengan bertutur bahasa Allah seseorang itu menjadi murah dan hina? Masih ada juga manusia sezalim ini ya? Allah tidak memandang seseorang pada bangsa dan keturunnya tetapi pada agama dan imannya. Ada baiknya kamu memohon maaf kepada Kathryn. :-D

          • Sabar Kathryn,

            Betul kata Kathryn, bahasa Inggeris itu ilmu Allah juga. Adakah dengan bertutur bahasa Allah seseorang itu menjadi murah? Masih ada juga manusia sezalim ini ya? Allah tidak memandang seseorang pada bangsa dan keturunnya tetapi pada agama dan imannya. Ada baiknya kamu memohon maaf kepada Kathryn. :-D

      • Saiz gambar tak penting. Yg lebih penting bila zoom tetap details.

        • Saiz gambar juga penting, mak oi! Aku akan buat keputusan lepas tengok drop test dan scratch test (including back aluminium body). Tapi, Xperia Z tetap pilihan utama.

          • Apa maksud anda saiz penting, jika details pada gambar hancur pun buat apa. Jika crop mahupun zoom pun pic tersebut akan lebih terserlah keBUROKkannya. Ambil saja contoh sebagaimana dslr canon dan nikon pada dahulu, canon terlalu pentingkan pixel besar pada sensor mereka. Namun hasilnya pada keadaan low light, pic pd nikon lebih jelas, sharp dan kurang noise. Kini canon telah mengurangkan element pixel dan menetapkan pada kadar yg lebih sesuai dengan saiz sensor mereka. Malah lebih laju pula proses frame per second nya.

          • Maksud saya, detail dan saiz sama-sama penting. Kalau detail saja baik, tapi gambar terlalu kecil tak cukup baik. Sebab tu kena seimbangkannya.

            PS : Harap-harap HTC One tak ada scratch problem macam iPhone 5.

  9. Apa2 hal pun kena tunggu Samsung S4 keluar sebelum buat keputusan beli HTC One ni…Ini baru boleh kita dapat lihat perbezaan dan kelebihan masing2 sebelum beli – elakkan sikap terburu.

  10. Binaan depan boleh tahan, tetapi belakang memang buruk habis! Harga mahal pulak tu…Rugi

  11. speaker stereo tu mmg something intresting but mostly ak dengar lagu guna hearphone je,yg lyric tu pulak dh lma ada apps android yg bole sync lyric mcm tu,tp jrg ak guna,mostly ak play lagu screen dioffkn je,n bg ak megapixel pnting jgak,sbb snang nk crops,edit dlm photoshop,kalau htc atleast ltak 8mp,rseny phone ni dh trbaik,tp 4mp too low bg ak,tp kalau mne yg minat & rse sesuai,rembat je la

  12. aamnz, ade apa berita tentang sense5 ni? adakah htc one series yg sebelum ini akan menerima kemas kini sense5 kelak? btw bg aq sense4+ da kira terbaik, at least klu dpt htc one ni so combine ngn htc one x so ade sense5 & sense4+…sense5 cuma agak janggal dgn menu yg kebawah berbanding kebanyakan android yg memfokuskan menu ke sebelah kanan..

    • Ni tanda tya ke tanda seru? Ok let me brief..depend kpda apa yg u nk sbnarnya..both phone are among the best…btw u wouldnt know until u try both…perbezaan yg ketara adlah sonyxz adlah kalis air manakala htc one x…bg aq de segi entertainment mmg htc one terbaik..malah seakan akan phone walkman dah…dr segi ke”fresh”an htc one adlah peranti yg bleh dkatakan sgt up-to-date…but for definitely htc one is the best..

  13. mohon pencerahan : adakah harga rm2299 itu mahal untuk sebuah peranti yang didatangi dengan storan 32GB ? sy rase tidak

    • Rasanya tidak..buat masa ni mgkn agak mahal tp few year ahead maybe situasi sbgini mnjadi norm bg smartphone..bdasarkn info takat ni peranti yg mmpnyai kapasiti yg plg besar pun ipad4 128gb sbab still bbaloi mmndgkn ianya tablet yg mmpunyai byk kegunaan yg seakan komputer, dont worry harga smrtphone makin murah…:-)

    • harga rm2299 yang ditawarkan bukannya bergantung kepada storan yang dimiliki semata-mata. tetapi lebih kepada processor, graphic, ram yang terbina dan keistimewaan aplikasi yang ada…

  14. Yeeeha! Hello my future phone :)

    Yang ditunggu telah tiba. Spec and premium yang gempak (bagi aku). Apa lagi, bb bold 4 untuk dijual. Lai lai. Lambat lagi ke masuk malaysia ni? Sapa tahu bila kita bole beli kat negara kita ni? Tolong inform aku ek.

    #serabut la klu pakai bb ni past orang broadcast mnde mngarut. Tapi x susah leh delete dowang ;) apasal la ramai sangat yang pakai smartfone kat malaysia ni tapi otaknye x smart gak. Haih. Heran aku.

  15. harap2 HTC akn wt upgrade sense 5 utk One X plak..
    same2 spec yg ade kt HTC One ni jgk..

  16. gambar dari camera comparison tu aku prefer xperia z .. pictures need contrast n depth.. bukan saje clear across the range

    • kalau nak pilih phone bukannya asyik nak tunggu model baru yang akan keluar. kalau kita kata baik tunggu iphone 5s. pastu apabila iphone 5s kuar, baik tunggu iphone 6 plak…teknoligi akan terus berkembang. so, kalau ada duit dan minat terus beli.

  17. Tunggu aje iPhone7 tahun depan – mesti buat daripada besi, senang buat punggai anjing…ha ha

  18. Kalau pergi melancong ke luar negara,nokia yang dipilih sebab pemetaannya sangat bagus berbanding peranti yang lain hanya mampu tengok je.

    • Betul sangat tu…. dahlah nokia maps free je.

  19. LOL . Aku pun berpendapat HTC One ni lack of originality. Front design macam iPhone 5/Xperia SX , back design pulak macam Xperia P , Blinkfeed macam WP live tiles + Sony Timescape , dan lain-lain . HTC One X lagi cantik. Xperia Z tetap pilihan sebab ada microSD , water + dust resistant , skrin lagi besar , less customized ui dan paling penting senang nak mod . Sense susah sikit lah nak mod . Tak sabar nak test Xperia Z dan HTC One ni .

  20. Tunggu aje – Galaxy S4 baru tau macamana dia punya perbandingan, barulah adil…

  21. Galaxy S4 mestilah buat lebih bagus daripada HTC One, Blackberry Z10, Experia Z, Nokia Lumia 920 dan iPhone5 – sebab keluaran Samsung itu adalah paling ‘latest’ biasanya akan mengatasi; takkan lah yang ‘latest’ itu boleh kalah/menjadi kurang baik pulak.

  22. Aku dah banyak pakai htc.inilah phone yg terbaik dari phone lain.samsung tak boleh lawan HTC.

  23. pada saya kualiti gambar bukan terletak pada piksel serta kecerahannya saja, tapi cara kita mengkomposisikan gambar. kepada sesiapa yg mengatakan yg kamera hox/hox+ tak berkualiti, saya tidak bersetuju. saya sangat bepuas hati dgnnya. boleh lihat gambar sy di instagram (fieafifi) sebagai bukti gambarnya

Komen

Nama
Web