Cari @ Amanz

Hari ini, Sony secara rasminya telah pun mengumumkan konsol generasi baru mereka, PlayStation 4, yang mana membawakan beberapa penambahan dan pembaharuan padanya.

PlayStation 4

Daripada apa yang dikongsikan, pembangunan PlayStation 4 ini telah dimulakan sejak 4 tahun yang lalu, dimana melalui PlayStation 4, ia menyertakan cip pemprosesan x86 lapan-teras, memori 8GB GDDR5 dan juga alat kawalan jauh yang khas untuknya.

Alat kawalan jauh DualShock 4 ini menyertakan beberapa penambahan, termasuk butang perkongsian pantas, touchpad, LightBar (membolehkan konsol mengetahui jarak pengguna) dan juga headphone jack.

PlayStation 4

Seperti pernah dikatakan sebelum ini, PlayStation 4 membawakan sokongan untuk stream permainan terus menggunakan internet. Disamping itu, ia dikatakan konsol terbaru ini juga membawakan sebuah cip pemprosesan khas untuk menyokong muat-naik dan muat-turun walaupun ketika kuasa dimatikan, selain turut sama memudahkan pengguna memainkan permainan walaupun baru sahaja dibeli dan belum selesai dimuat-turun sepenuhnya.

Dengan alat kawalan yang membawakan butang sosial khas, semestinya ramai sedia maklum PlayStation 4 akan membawakan sokongan sosial dengan lebih menyeluruh lagi. Melaluinya, Sony mengatakan pengguna boleh berkongsi sesi permainan mereka kepada rakan-rakan dan meminta bantuan mereka sekiranya tidak melepasi sesuatu fasa dengan membiarkan mereka memainkannya (terus melalui internet).

PlayStation 4

Dengan sokongan Gaikai pula, pengguna boleh memainkan permainan PlayStation 4 menggunakan PlayStation Vita, sekaligus membawa permainan anda kemana-mana dengan mudah. Kelak, lebih banyak permainan, daripada PS pertama sehingga terkini dijangka akan disokong melaluinya.

PlayStation 4

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd