Cari @ Amanz

Jenama Vertu sedia terkenal kerana harga premium yang dikenakan padanya, disamping dengan perkhidmatan tambahan yang kini dipanggil Vertu Key, pengganti kepada perkhidmatan Concierge sebelum ini.

Vertu Ti

Vertu Ti AndroidTerkini, setelah pelbagai ura-ura, kini Vertu secara rasminya memperkenalkan Vertu Ti, yang membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 64GB, dan juga kamera 8-megapixel dengan keupayaan rakaman 1080p pada bahagian belakang dan kamera hadapan 2-megapixel.

Vertu Ti ini turut dilengkapi dengan sokongan audio Bang & Olufsen serta menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Vertu Ti berharga 7,900 Euro, dan dikatakan membawakan binaan yang tahan lasak melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd