Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Acer Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar berasaskan Intel pertama di Malaysia, iaitu Acer Liquid C1. Telefon pintar ini dijual di Malaysia pada harga RM999 bermula minggu hadapan.

Acer Liquid C1

Dari segi spesifikasi, telefon pintar Acer Liquid C1 ini menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD (540×960 pixel), cip pemprosesan Intel Atom Z2420 1.2Ghz dengan Hyper Threading, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera hadapan untuk panggilan video, sokongan radio-FM, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich (kemaskini Jelly Bean akan diperkenalkan tidak lama lagi).

Acer Liquid C1 ini membawakan antaramuka asas Android tanpa sebarang perubahan drastik seperti kebanyakkan pengeluar lain.

Acer Liquid C1

Acer Liquid C1

Kami akan membawakan video pandang pertama untuk peranti ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd