Cari @ Amanz

Permainan Battlefield mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dan kini, ia kelihatan pihak EA telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 26 Mac kelak (27 Mac waktu Malaysia).

Tiada sebarang maklumat seperti nama permainan dan sebagainya disertakan. Namun, daripada apa yang kelihatan dari segi penggunaan warna dan lain-lain, ia kelihatan seperti permainan Battlefield terbaru daripada mereka.

Battlefield 3 sebelum ini sendiri telah menerima pelbagai maklumbalas positif, dan semestinya ramai yang menantikan apakah yang akan dibawakan oleh sekuel permainan tersebut.

Jadi, adakah kita akan melihat permainan Battlefield 4 diumumkan pada penghujung bulan ini, ataupun sesuatu yang lain daripada pihak EA? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd