READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Asus FonePad Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada March 23, 2013 oleh

Selain daripada Asus Transformer AIO yang bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan, Asus Malaysia juga kini dalam perancangan untuk memperkenalkan salah satu tablet terbaru mereka – Asus FonePad untuk pasaran tempatan.

Asus FonePad

Asus FonePad

Spesifikasi Asus FonePad
Cip Intel Atom Z2420 1.2Ghz
Kamera Belakang 3-Megapixel
Kamera Hadapan 1.2-megapixel
Storan Terbina 8GB
Memori 1 GB RAM
Skrin 7-inci (800×1280 pixel)
Bateri 4270 mAh

Asus FonePad sebelum ini telah diperkenalkan pada Mobile World Congress pada penghujung Februari yang lepas. Melaluinya, ia membawakan tablet dengan skrin bersaiz 7-inci yang dilengkapi dengan sokongan panggilan, selain dijana menggunakan cip pemprosesan daripada Intel.

Peranti berkenaan dijana menggunakan sistem operasi Android, dan pihak Asus turut sama membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan aplikasi kecil yang boleh di pop-up pada tetingkap kecil.

Ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan mula dijual dan berapakah harga jualannya. Daripada jemputan yang dihantar, ia kelihatan Asus Malaysia akan berkongsi lebih lanjut berkaitan Asus FonePad ini pada minggu kedua April kelak.

Terdapat 6 komen
Komen Popular
  1. wa mmg berminat kt fonpad ni…tp rege musti sekitar 1k kebawah..kalau mahal…baek amik galacy tab2 7…
    hehuek

Keseluruhan Komen
  1. wa mmg berminat kt fonpad ni…tp rege musti sekitar 1k kebawah..kalau mahal…baek amik galacy tab2 7…
    hehuek

    • Ini semua salah Apple – jual mahal2 yang lain pun terpaksa ikut jual mahal

  2. macam mana dengan performance Intel Atom Z2420 1.2Ghz? sediamaklum kita tahu yang sekarang ni smartphone dan tablet lebih sesuai dijana dengan dualcore processor…

    • dual core @ quad core bagai utk main games hok berat, dok pun app hok perlu tenaga lbh,wa guna tab 7 dualcore 1.2ghz. ..tp rasanya tak guna pun core yg kedua tuh..sbb wa main angry bird je..haha

      • maen game bukan lebih pade GPU? Antara adreno ngan powerVr, mane lg power…padfone pakai GPU mane…penting utk maen Nun Attack @ NFS

Komen

Nama
Web