Cari @ Amanz

Dropbox - MailboxSementara ramai yang masih menantikan akses untuk aplikasi Mailbox, hari ini, Dropbox mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih Mailbox, dan pada masa yang sama mengatakan aplikasi Mailbox akan terus kekal sebagai aplikasi berasingan.

Tiada sebarang harga pengambil-alihan yang diumumkan oleh kedua-dua pihak. Menurut Dropbox, mereka mengambil-alih Mailbox kerana misi kedua-dua syarikat tersebut adalah sama, dimana ingin menjadikan sesuatu penggunaan lebih baik.

Dropbox berkata mereka sendiri menjadikan penggunaan storan lebih baik berbanding kebiasaan, sementara Mailbox pula menjadikan penggunaan dan pengurusan emel lebih baik berbanding pelbagai aplikasi yang lain.

Buat masa ini, tiada sebarang perancangan akan datang diumumkan. Namun pihak Mailbox mengatakan dengan menyertai Dropbox, ia akan membantu mereka membesar dengan lebih pantas berbanding sekarang.

Mungkinkah kita akan melihat aplikasi Mailbox hadir pada pelbagai platform lain seumpama Dropbox?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd