Cari @ Amanz

Google BabbleGoogle pada hari ini mempunyai beberapa perkhidmatan permesejan, termasuk Google Talk, Google Voice, Google+ Messenger dan lain-lain. Perkara ini mungkin menyukarkan pengguna yang ingin berkomunikasi dengan seseorang yang lain. Untuk mengatasi perkara ini, Google kini dilaporkan akan menyatukan kesemuanya dibawah satu jenama.

Mengikut laporan yang kelihatan di arena internet hari ini, ia dikatakan perkhidmatan baru ini kelak akan dikenali dengan nama “Babble” dan menyatukan pelbagai perkhidmatan permesejan Google pada ia.

Daripada apa yang diketahui, ia tidak akan membawakan sebarang fungsi baru yang menarik, sebaliknya menyatukan semua perkhidmatan dan memudahkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, berkemungkinan memulakan Hangout dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah perkhidmatan terbaru ini akan diperkenalkan. Namun, ramai yang membuat spekulasi dimana perkhidmatan ini berkemungkinan akan diperkenalkan pada Google I/O tahun ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd