Cari @ Amanz

nowSejak Google Now diperkenalkan untuk pengguna Android Jelly Bean, ia telah digunakan ramai, dan menerima pelbagai maklumbalas positif. Jikalau semalam kita dapat lihat sokongan Google Now mula diintegrasikan pada Chromium, kini sebuah video tertiris ke arena web, memperlihatkan sokongan Google Now untuk iOS.

Sokongan ini kelihatan akan diintegrasikan pada aplikasi Google Search yang sedia terdapat di AppStore. Buat masa ini, aplikasi berkenaan membawakan sokongan carian, disamping membolehkan pengguna membuat carian menggunakan suara. Namun, sokongan Card seperti pada Jelly Bean masih belum terdapat pada ia buat masa ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada sokongan ini akan diperkenalkan tidak lama lagi oleh Google, ataupun sebaliknya. Sama-sama kita nantikan kemaskini berkaitan dengan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd