Cari @ Amanz

Google Play merupakan kedai aplikasi dan kandungan rasmi untuk Android daripada Google. Pada hari ini, pengguna Android masih menggunakan Google Play Store 3.x, tetapi kelihatan Google bakal memperkenalkan Google Play 4.0 tidak lama lagi yang mana bakal membawakan pelbagai perubahan dari segi rekabentuk antaramukanya.

Google Play 4.0

Daripada Google Play 4.0 yang diperlihatkan oleh pihak Droid-Life hari ini, ia menunjukkan kelak ia akan membawakan antaramuka Holo yang lebih menyeluruh, sekaligus menjadikannya lebih selari dengan rekaan antaramuka Jelly Bean dan juga Ice Cream Sandwich.

Tiada penambahan fungsi baru yang kelihatan buat masa ini, selain daripada perubahan pada rekabentuknya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan Google Play 4.0 ini. Mungkin lebih banyak maklumat berkenaan dengannya akan kedengaran dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd