Cari @ Amanz

Samsung UNPACKEDDalam tempoh lebih kurang 9 jam lagi, Samsung bakal melancarkan peranti terbaru mereka, Samsung Galaxy S4, yang mana merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Selain daripada beberapa video promosi daripada Samsung, serta gambar-gambar yang tertiris ke arena web sebelum ini, seperti biasa, Samsung turut sama menyediakan siaran langsung acara pelancaran mereka yang boleh diikuti melalui web.

Bagi anda yang berminat, boleh mengikuti siaran langsung Galaxy S4 terus daripada saluran rasmi YouTube Samsung, ataupun mengikuti video berikut bermula 7 pagi – 15 Mac 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd