READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

LG Optimus G merupakan salah satu peranti yang dinantikan beberapa peminat tempatan. Sementara pihak LG hanya mengatakan peranti ini akan dilancarkan dalam waktu terdekat, beberapa penjual peranti telah mula menawarkannya di Malaysia, dimana ia ditawarkan pada harga RM1799.

LG Optimus G

Dari segi spesfikasi, LG Optimus G membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 768×1280 pixel, memori 2GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, ruangan storan sebesar 32GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan bateri berkapasiti 2100mAh.

Peranti ini dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan dikatakan boleh dikemaskini kepada Android 4.1.2 Jelly Bean. LG sendiri menyertakan antaramuka khas pada peranti ini, dan turut menyertakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

Jadi, pada harga RM1799, adakah peranti ini berbaloi, ataupun sebaliknya?

Terdapat 39 komen
Komen Popular
  1. Xperia Zl lagi bagus. Harga Xperia ZL RM1899, cuma beza RM100.

    - OS: JB 4.1.2 Ready (Upgradable to 4.2) vs ICS 4.0.4 Ready (Upgradable to 4.1.2)
    - Skrin: 5.0 inci vs 4.7 inci
    - Resolusi skrin: Full HD 1080p vs HD 720p
    - Pixel density: 441 ppi vs 318 ppi
    - Saiz: Saiz sama cuma ZL tebal sikit (9.8mm vs 8.6mm)
    - Storan dalaman: 16GB vs 32GB
    - Micro SD slot: Sehingga 64GB vs tiada micro SD slot
    - Kamera Sensor: Exmor RS (Kamera dan Video HDR) vs Exmor R (Kamera HDR sahaja)
    - Kamera hadapan: 2MP Full HD 1080p vs 1.3MP HD 720p
    - IR Remote: Ada vs Tiada
    - NFC: Accessories compatible NFC vs Market based NFC
    - Bateri: 2370mAh vs 2100mAh
    - UI: Better design vs OK-OK design
    - Benchmark: 1. Sony Xperia ZL
    2. Samsung Galaxy S3
    3. Samsung Galaxy Note 2
    4. HTC One X
    5. LG Optimus G

    - Conclusion: Xperia ZL is better, a lot lot better than Optimus G.

Keseluruhan Komen
  1. Memang murah dan berbaloi, tapi aku nak tunggu Galaxy S4 jugak! Canggih gila beb! Ha ha ha

        • Rasanya bila sebut je smartphone Samsung, mesti terlintas ini: “Plastik”

          Tapi aku bukannya anti-Samsung pun. Kalau sebut TV Samsung, aku akan terfikir “rekaan TV yang enak dan premium untuk harganya”

          • tak faham aku orang yang dok kata plastik pada samsung…Dah tentu dari hari pertama beli kita terus pasang casing..takdenya sapa nampak plastik ke kayu ke…Aku pakai dari samsung galaxy s sampai s3 tak pernah pulak aku dok terhendap hendap nak tengok belakang dia…nampak pun masa tukar casing..

  2. alahai.. samsung galaxy note 2 pn pakai 3100mah.. ni kn pula 2100mah.. agak2 boleh cam air gk ke battery..?

    • orang cerita henfon kau pun nak cerita jugak.4.7″ banding dengan 5.5″ buatpa?

  3. Psl lambat sgt sampai M`sia tu yg ambik note 2,tapi nyata pembuatan LG Optimus G ni lagi baik dari note 2…LG dgn Samsung ni ibarat seperti Proton dgn Perodua la….cuma jgn pandang rendah pada LG…

  4. Xperia Zl lagi bagus. Harga Xperia ZL RM1899, cuma beza RM100.

    - OS: JB 4.1.2 Ready (Upgradable to 4.2) vs ICS 4.0.4 Ready (Upgradable to 4.1.2)
    - Skrin: 5.0 inci vs 4.7 inci
    - Resolusi skrin: Full HD 1080p vs HD 720p
    - Pixel density: 441 ppi vs 318 ppi
    - Saiz: Saiz sama cuma ZL tebal sikit (9.8mm vs 8.6mm)
    - Storan dalaman: 16GB vs 32GB
    - Micro SD slot: Sehingga 64GB vs tiada micro SD slot
    - Kamera Sensor: Exmor RS (Kamera dan Video HDR) vs Exmor R (Kamera HDR sahaja)
    - Kamera hadapan: 2MP Full HD 1080p vs 1.3MP HD 720p
    - IR Remote: Ada vs Tiada
    - NFC: Accessories compatible NFC vs Market based NFC
    - Bateri: 2370mAh vs 2100mAh
    - UI: Better design vs OK-OK design
    - Benchmark: 1. Sony Xperia ZL
    2. Samsung Galaxy S3
    3. Samsung Galaxy Note 2
    4. HTC One X
    5. LG Optimus G

    - Conclusion: Xperia ZL is better, a lot lot better than Optimus G.

    • screen 5 inci tp softbutton xperia zl terletak di screen 5 inci tu jugak. jadi screen yang dapat di gunakan hanyalah dalam 4.6-4.7 jer..

      sama dengan xperia tx aku, walaupon 4.6inci, tp disebabkan softbutton tu di lcd tu jugak, screen yang di paparkan dalam lebih kurang 4.1-4.3 incir jer

    • Htc one pixel density 469 ppi,manakala lumia 920 sangat peka boleh dikendalikan menggunakan sebarang benda contohnya sarung tangan,garpu dan sudu.

      • Saya sengaja bandingkan Xperia Z dengan Optimus G kerana kedua-duanya mempunyai cpu dan gpu yang sama. Harga kedua-duanya pun dalam kelompok yang hampir sama, manakala HTC One atau Butterfly mempunyai perbezaan harga yang sangat tinggi iaitu kira-kira RM500. Ehm, maaf.

        Tapi setakat ni, hanya Xperia Z yang mempunyai masalah software (boleh diperbaiki dengan update tidak lama lagi) tetapi Xperia ZL BELUM ada. Semua smartphone pun ada masalah tersendiri, bergantung kepada tuah. Contoh, Galaxy S3 – Sleep of Death (SOD), blur camera, HTC Butterfly – Wifi connectivity problem, power hog, battery problem, HTC One X – camera issue, low signal issue, wifi antena issue, battery issue dan yang lebih teruk lagi, hardware faults. Saya sendiri pernah pakai HTC One X, dan service utk HTC kurang memuaskan – tiada resolusi utk masalah hardware HTC One X saya yang service dapat lakukan. At least, Sony Xperia ada support page utk kegunaan pengguna. So, it depends on your luck.

        • Yang ni saya terpaksa bersetuju.

          At least Sony agak transparent jika ada sebarang isu di atas phone nya. Jenama2 lain? Hanya XDA Dev tempat mengadu buat mereka.

        • yup,bedasarkan pengalaman masa menggunakan htc one x aku dulu , 2 kali hantar tempat service atas problem yang sama.. service agak teruk..

          setakat ini, bagi saya, nokia dan apple mempunyai after sale service yang terbaik

  5. Bagaimana pula dengarn LG Optimus G Pro? Harganya dan bila akan dipasarkan di Malaysia?

  6. org kat pasaran lain da kuar lame da…kat cni bru nk masuk..mmg taklah…

  7. Teringat masa LG mula2 keluarkan model pada 2008 dulu, sedangkan masa itu Samsung sudahpun berada dibelakang Nokia dan Motorola. Kini Samsung berada teratas sekali. Jangan pandang rendah dengan produk2 Korea Selatan – hebat seperti Gangnam Style dan artis2 K-Pop juga!

    • LG pun produk Korea Selatan jugak. Your point sir?

      btw, jangan rasa stim sangat eh.

      • “Jangan pandang rendah dengan produk2 Korea Selatan,” itulah point yang dia cuba nak sampaikan kot.
        Kalau Samsung (produk Korea Selatan) boleh ‘berjaya,’ maka LG (satu lagi produk Korea Selatan) pun boleh berjaya juga suatu hari nanti.

        Btw, nama korang memang dua-dua pun takleh blah. Hehe.

  8. pada aku as long as smooth as silk, tak der lag, good enough… core sampai sepuluh pun tapi software tak optimized, ada stutter bila transition pun tak guna jugak….. optimus g nie nampak smooth…..

Komen

Nama
Web