Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia ketahui akan Panasonic mempunyai keluarga Panasonic Toughbook yang mana membawakan peranti yang tahan lasak dan memfokuskan kepada pengguna perusahaan. Hari ini, bersempena dengan LIMA (Langkawi International Maritime Aerospace) 2013, Panasonic mengambil peluang melancarkan peranti terbaru dibawah keluarga Toughpad mereka.

ToughPad FZ-G1

Pansonic Toughpad FZ-G1 merupakan tablet terbaru daripada mereka, yang mana memfokuskan kepada pengguna perniagaan dan institusi kerajaan. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 10.1-inci dan dijana menggunakan sistem operasi Windows 8 Pro. Untuk makluman, peranti ini merupakan kemaskini daripada sebelumnya, Toughpad FZ-A1 yang mana dijana menggunakan Android, dan telah diperkenalkan pada tahun lepas.

ToughPad FZ-G1

Menurut Panasonic, peranti ini didatangkan dengan daya ketahanan yang tinggi, dan boleh digunakan pada pelbagai keadaan, termasuk ketika hujan, mahupun ketika cuaca sejuk, dan sebagainya. Peranti ini akan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Panasonic seluruh negara tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd