Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menambah teks pada gambar dalam kaedah interaktif seperti InstaPlace, InstaWeather dan beberapa yang lain. Terkini daripada pembangun tempatan adalah salah satu aplikasi khas untuk pengguna iOS, dinamakan sebagai InstaB For Baby.

InstaB for BAby

InstaB For Baby ditawarkan dalam dua variasi, iaitu percuma dan juga berbayar, dimana menggunakan aplikasi berkenaan, ia membolehkan anda merakamkan gambar bayi anda, dan menambah informasi seperti umur, jantina, tarikh gambar diambil, dan beberapa yang lain.

Aplikasi ini mungkin menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyimpan koleksi gambar anak-anak mereka dengan beberapa info yang mungkin boleh dirujuk pada masa akan datang.

Bagi mereka yang menggunakan peranti iOS, boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada AppStore hari ini.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd