READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Perbandingan : Samsung Galaxy S3 Dan Galaxy S4

Diterbitkan pada March 15, 2013 oleh

Samsung hari ini telah pun melancarkan Galaxy S4 secara rasminya, dan semestinya apa yang dikatakan ramai adalah berkenaan dengan rekabentuk peranti berkenaan yang menyerupai Galaxy S3. Jadi, mari kita lihat perbandingan antara kedua-dua peranti ini daripada apa yang kita ketahui buat masa ini.

Spesifikasi
Galaxy S4
Galaxy S3
Cip 4+4 Teras 1.6Ghz Cip Empat Teras 1.4Ghz
Skrin 5-inci (HD penuh) Skrin 4.8-inci
Kamera 13MP / 2MP Kamera 8MP / 1.9MP
Memori 2GB RAM Memori 1GB RAM
Bateri 2600mAh Bateri 2100mAh

Samsung Galaxy S3 telah dilancarkan pada tahun lepas, maka perbezaan antara kedua-dua peranti ini daripada spesifikasi semestinya adalah ketara, dengan Galaxy S4 mendahului S3 dalam pelbagai perkara.

Samsung Galaxy S4 didatangkan dengan peningkatan dari segi skrin yang kini membawakan paparan resolusi penuh untuk gambar yang lebih tajam dan jelas, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras (4+4) daripada Samsung, iaitu Exynos 5 OctaCore.

Kedua-dua peranti ini turut sama didatangkan dengan bateri yang boleh ditanggalkan, disamping menyertakan ruangan mikro-SD sekiranya pengguna inginkan ruangan storan yang lebih besar.

Rekabentuk

Rekabentuk kedua-dua peranti ini boleh dikatakan lebih kurang sama tanpa sebarang perubahan yang besar. Namun, Samsung mengatakan Galaxy S4 lebih solid berbanding dengan peranti generasi sebelumnya.

Galaxy S3 vs Galaxy S4

Galaxy S3 vs Galaxy S4

Seperti dapat dilihat, Galaxy S3 membawakan rekabentuk yang lebih membujur berbanding S4, selain mana Galaxy S4 membawakan rekaan bahagian tepi kerangka yang lebih nipis.

Pada bahagian belakang peranti pula, kedudukan flash turut diubah untuk memberikan kesan pencahayaan yang lebih baik, disamping kedudukan speaker pada bahagian bawah Galaxy S4.

Aplikasi

Samsung pada peranti Galaxy S3 dan Galaxy S4 membawakan pelbagai sokongan dan aplikasi baru. Galaxy S3 memperkenalkan sokongan Smart Stay yang membawakan sokongan pengesanan adakah pengguna memandang peranti ataupun tidak. Samsung kelihatan terus menambah baiknya pada Galaxy S4, dengan menyertakan sokongan dinamakan Smart Scroll, dan juga Smart Pause.

Selain itu, S-Voice yang diperkenalkan pada Galaxy S3 turut ditambah baik dengan kebolehan untuk digunakan ketika memandu pada Galaxy S4.

Sokongan lain yang turut ditambah pada Galaxy S4 adalah termasuk kebolehan untuk mengasingkan penggunaan peranti untuk pekerjaan dan peribadi melalui Samsung Knox, serta beberapa fungsi baru lain, seperti S-Health dan S-Translator.

Walaupun beberapa fungsi ini dikatakan akan disertakan pada Galaxy S3, namun ia masih tidak diketahui bilakah ia akan tiba.

….

Samsung Galaxy S4 bakal mula dijual bermula penghujung April 2013 ini, dan semestinya kita akan dapat ketahui bagaimanakah perbezaanya ketika digunakan pada tangan, selain pelbagai perkara lain padanya.

Jadi, sekiranya anda, adakah akan kekal menggunakan Galaxy S3 ataupun menaik-taraf kepada Galaxy S4?

Terdapat 112 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
      • Jualan S1 3 tahun lepas – lebih 10 juta unit telah dijual pada tahun 2010.
        Jualan S2 2 tahun dulu – lebih 20 juta unit telah dijual pada tahun 2011.
        Jualan S3 setahun lepas – lebih 40 juta unit telah dijual pada tahun 2012.
        Jualan S4 tahun ini – ramalan 70 juta unit akan dijual pada tahun 2013.

        Prestasi jualan semakin meningkat menunjukkan arus dunia mobile Samsung kini mencanak naik, telah berjaya memadam semua komen dan kritikan tanpa bukti2 kukuh dan ilmiah. Terimalah senario dunia sekarang menjurus kearah teknologi dan inovasi ciptaan Samsung semakin diterima ramai pengguna2 diseluruh dunia.

        • Rasanya jualan s4 mungkin kurang dari S3. Sama situation cam iphone5 compared to iphone4s. Mainly sbb s3 baru je jugak kuar dan form factor yg hampir sama (mungkin tak byk yg nak upgrade)

          • Samsung bukannya sama spt Apple…he he he
            Lagipun S4 lebih hebat dan ‘compact’ berbanding S3.

          • Samsung bukannya sama spt Apple…he he he
            Lagipun S4 lebih hebat dan ‘compact’ berbanding S3.
            Bakal menjadi fenomena dunia baru bagi smartphone.

  1. bila di tangan baru buat keputusan. cuma seperti pelancaran s3 tahun lepas, majoriti pengguna tidak bersetuju dengan design baru keluarga galaxy s. tp jualan masih tinggi. sama juga dengan tahun ni. tetap mengecewakan dr segi design. tp dr segi inovasi teknologi tetap terbaik…

          • Haha.. Stupid ifag.. Samsung xguna camera sony la.. Pg tgk sndri la camera sony xperia Z tu.. Jauh beza kot.. Yg guna camera sony tu motorola X.. Aiyooo.. Samsung dia guna camera sndri..

          • @Gokai Red, Penyapu, Apiz Skemmatix,

            - Samsung guna sensor Sony IMX pada Galaxy S2 dan S3.
            - Apple juga guna sensor Sony IMX pada iPhone 4S dan iPhone 5.
            - HTC juga guna sensor Sony IMX untuk One X.
            - LG juga guna sensor Sony IMX pada Nexus 4.

            Apa yang bro “iphone 5″ cuba imply disini ialah Samsung Galaxy S4 menggunakan sensor dari vendor yang (besar kebarangkalian) sama untuk sensor pada iPhone, dan One membawakan kualiti yang lebih baik. Itu je. Cuma nak tau final specs tu kena tunggu Chipworks buat teardown lagi 2 bulan la.

            Jangan main cakap je kalau takde research.

          • Harapkan kamera bagus semata2 takkan dpt jual laris punya.
            Jualan HTC tetap merudum kerana jenama kurang dipercayai.
            Jangan lah syok sendiri dengan jenama ‘perasan bagus’ tu.
            Lainlah bagi yang jenis suka main ‘China-dolls’…ha ha ha

      • Kalau tengok gambar antara s4 dan htc one tak jauh beza,cuma yang membezakan tulisan di skrin dibelakang mat salleh pada samsung galaxy s4 boleh nampak tapi tulisan di skrin htc one macam kabur je.

  2. ermmm… sama pulak dengan gambar yang bocor hari tu :)cuma finishingnya leih cantik dan baik la. setanding dgn Note 2 kalau sekali imbas.

      • Lagi besar lagi baguih, kalau skrin kecil tetapi mahal – rugi & membazir saja.

        • beli china phone kalau nak murah, ada 2 company china nak jual quadcore phone full hd dengan 5 inchi screen harga bawah rm1000 nama phone tu umix2 harga kat china rm800 dengan neo n003 harga kat china rm650. 2-2 comapany nak bawak masuk ke malaysia rasanya harga akan meningkat sikit tapi still harga bawah rm1000

          • Smartphone China pakai 6 bulan dah rosak, rugi besar weh…
            Harap2 Samsung saman saja syarikat2 /agen peniru ini – berani pulak dia letak jenama ‘Samsung’ pada phone mereka. Kenapa tidak letak logo (emblem) Apple, tentu ‘premium’ sikit – mesti ramai yang beratur rebut2 nak beli ‘iPhone5′ murah…ha ha ha

          • bukan smartphone tiruan la brader..ade je brand china yg dorang betul2 wat..same la mcm malaysia ade ninetology..ko nak kate tu pon tiruan ke??

    • saya nak tunggu Galaxy S20 lah…processor 300+300,RAM 50TB,888Megapixel kamera

  3. plastik plastik plastik…harga premium kurang lebih kasi ler final produk pun premium , at least policarbonate ker or glass …samseng2x !!!

    • dah mmg guna polycarbonate pun…xresearch habis ke…bukannya pakai plastik botol air…suka beli xsuka xyah beli…design samsung mungkin xkan berubah sebab diorang lebih pentingkan performance dan user experience…

      • bukan masalah suka ke tak…tapi berbaloi dgn harga yg dibayar…
        dulu aku pun pakai samseng ni…dari note 1 sampai ler note2 yg aku pakai 4 bulan..pastu beralih ke xperia z yg spore set ..harga agak mahal..tapi puas hati..tak da hang so far…

          • Haha ya… Bila low light, pixel tinggi mmg akan naik noise bergebok

          • Mustahillah 13 MP gambar Xperia Z lebih teruk daripada 4 MP HTC One…
            Gambar tipu, orang bodoh je boleh percaya.

          • Pelik.. Masa aku tgk pic2 contoh sony xperia Z xde pn trok mcm ni.. Lagi dgn teknology exmor dia tu..

          • Sony Experia Z kamera terbaik dalam semua2 tu. Sony ‘pukul habis’ termasuk jenama yang konon ‘premium’…ha ha ha

          • Biar betul tulisan pada gambar sony guna 13mp langsung tak nampak apa-apa ayat,htc one nampak kejelasan ayatnya hanya 4mp sahaja,kalau htc one ada ultrapixel dan nokia lumia pakai pureview, carl zess lens dan eos akan datang,sony pakai teknologi apa,kalau boleh kongsi bersama.kalau ikut sony memang pakar dalam bhgn kamera.

        • anda tak perlu isytihar harta milik anda semata mata nk buktikan pendapat anda ikhlas n tulus lg tulus,hehe
          kalu dh android…risiko lag sama je tk kira xperia z or geleksi

          • Sepatutnya sony boleh nampak kejelasan gambar tulisan tapi sebaliknya Htc one lebih jelas mungkin guna teknologi ultrapixel,bila pihak nokia nak rasmi nokia lumia eos.

          • Semuanya kena tipu dengan gambar2 kajian perbandingan itu semuanya palsu – sengaja dibuat2 oleh peminat2 tegar HTC. Kononnya ‘teaser’ supaya HTC One laris dibeli. Tipuhelah.

    • masalah skang ni, adakah kita akan membeli gold care pada hp yg menggunakan material plastik? ataupon just beli yg sekadar plastik. kebanyakan nya beli hp besi mcm mana pon, kita still tetap beli cover yang plastik. cth terdkat, ipong.

      tp design s4 buruk giler. hancur impian nak ganti tx aku.

      • Kecewa sebab tersilap beli iPhone5 atau HTC One atau BlacBerry Z10 le tu…
        Lain kali tunggu lah Samsung punya keluar, baru beli. Ini dah rasa menyesal.

  4. Sama lah macam produk Apple juga – iPhone5 sama je dengan iPhone4S sama dengan iPhone4 sama dengan iPhone3GS sama dengan iPhone3 – tiada langsung perubahan design dan OS. Orang tetap akan beli juga walaupun tidak sehebat teknologi pada Galaxy S3 dan S4 ini. Membazir wang.

    • beli ikut keperluan kalau x cukup duit beli phone cina, spec pown dah lebih kurang dengan s4

  5. ARGHH!!!!!MENYESAL AQ TGGU S4 NIE TPI MAJAL!!!!!HAMPEH…FUCK TO SAMSUNG

    • Siapa suruh tunggu, tapi tak nak beli jugak? Lihat cara aku, beli Note 2 – puas hati pakai, to date tiada masalah langsung! Specs amat hebat. Tak rasa menyesal langsung beli Note 2 ni. Tapi kalau S4 ni nampak bagus tentulah Note 3 nanti akan lebih hebat.

    • Kalau jeremy watak budak dlm iklan sebelum ni kata bagus, maknanya bagus la tu. Berbaloi baloi.

  6. yang cakap membazir.. design sama.. kalau korang xbeli pun samsung x rugi lah.. kecoh.. pasal handphone pun nak bertekak ke..

    • Peduli ape aku Samsung nak untung ke,nak bengkrap ke, nak terjun sungai ke.. Janji duit aku selamat dari beli benda mengarut. Banyak lagi benda berpekdah untuk spend duit.

      • dah tu.. ko xyah la beli.. nak kecoh plak.. haha.. komen pakai kepala lutut ke der..? diorang xpaksa pun :P .. aq pn xde wt demonstrasi suh ko rang beli ramai2.. hahaha

  7. baik beli S2 dua biji = S4 gak.. hahaha.. dahla design nk lebih kurang je, kamera blakang pulak besar dan nampak lucu gitu..

  8. apa2 je lahhhh…

    untuk aku yang dah skip sgs3 dan tak membeli note2 memang rasa berbaloi kalau beli.

  9. Tunggu Note3 lah kalau tak jadi S4. Tapi kena tengok dulu, kalau ‘benchmark’ S4 terbaik – sambar je S4. Jangan percaya komen2 bodoh nanti sampai kiamat tak merasa canggihnya Samsung.

    • kalau nak beli x payah tunggu la.. sambar je Note2.. memang best… Samsung skrin dia sangat catik note 2 kalau ko pakai wallpaper cari yang warna biru .. mmg crystal clear… memang mesra warna biru dan kuning… :)

  10. Pada mana2 yang dah ada s3 dan note 2 tu, tak beli s4 ni pun xpe dah, melainkan poket anda memang tabal giler. Perbezaan ketara pada beberapa fungsi yang mana mungkin akan ada pada peranti tu. Cuma lambat dengan cepat je le.

    Pada yang tercari2 sphone tu, tak rugi pun klu harganya lebih kurang dengan s3 masa awal2 keluar dulu. Bergantung pada harga je lah.

    Setidaknya, semua fungsi pada peranti lain ada pada 1 peranti. Ikut selera sendiri dari dengar cakap orang yang betul entah tidak.

  11. Hum. kekal pada s3. Setakat beli s4 sebab konon octacore sekali guna untuk call , msg dan main burung garang mebazir jerr

  12. Tu la, kalau bab ngutuk ikut selera sendiri mmg terbaek….apa2 phone ada pro n con….ikut keperluan sendiri…ada duit beli..takde duit ..wat cam takde duit….tunggu review pros…baru tau…setakat komen merapu tu semua org boleh tulih dak….kauang..kuang..kuang..

    • A loser today can always be a winner tomorrow. It happens to Samsung just recently…or Apple before that.

  13. perlu ke bertekak psl benda ni, ada org kisah ke kalau kau nak beli ke tak? itu hak masing2 la. selama ni iphone design sebijik takda org nk komplen, nampak sgt semua biased memberi pandangan.

  14. Ye lah, tak guna bertekak sampai tegang urat2 -buruk rupanya (yang untung ialah Apple dan Samsung tak perlu buat iklan dah)…
    Apa-apapun kita semua tunggu S4 ini keluar, kalau teringin kita pakat beli jugak…ha ha ha

  15. AKU ADA S3,S4,IPHONE 4,IPHONE 5…SEMUA TAK BEST SEBAB BELI DALAM MIMPI TIDUR AKU…PUII

Komen

Nama
Web