READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dengan filem terbaru Iron Man yang akan ditayangkan dipawagam bermula bulan hadapan, Gameloft turut sama tidak ingin ketinggalan, dimana kini mereka mengumumkan akan memperkenalkan permainan khas bersempena dengannya untuk platform iOS dan Android, pada 25 April 2013 kelak.

Iron Man 3

Daripada video trailer yang diperlihatkan untuk permainan berkenaan, ia kelihatan Gameloft akan membawakan permainan dimana pengguna akan mengawal watak yang akan terus bergerak, dan memerlukan mereka menembak pelbagai halangan dan musuh.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui sama ada permainan ini akan menggunakan konsep In-App Purchase ataupun menawarkannya secara berbayar.

Terdapat 2 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web