Cari @ Amanz

Bagi mereka yang mempunyai pelbagai dokumen pada komputer, dan sering tercari-cari akan dokumen terakhir yang diubah dan disunting, salah satu perisian yang berguna untuk anda adalah Recent Files Scanner.

Recent Files Scanner

Melalui perisian percuma ini, ia membolehkan para pengguna untuk menetapkan folder yang ingin diimbas, disamping menetapkan tarikh untuk carian. Sebaik sahaja anda membuat tetapan yang dikehendaki, Recent Files Scanner seterusnya akan membuat pengimbasan, dan memaparkan hasil carian kepada pengguna.

Selain daripada itu, salah satu fungsi tambahan padanya adalah dimana ia juga turut memaparkan kemaskini masa-nyata, membolehkan anda melihat kemaskini pada sesuatu folder di komputer anda, dimana mungkin berguna sekiranya anda berkongsi folder melalui Dropbox, dan ingin memantau perubahan yang dilakukan pada sesuatu fail dan dokumen.

Bagi mereka yang menggunakan Windows, dan ingin mencubanya, boleh memuat-turun perisian ini secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam memantau perubahan pada dokumen dan aktiviti didalam sesuatu folder dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd