READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Salah satu peralatan elektronik daripada Samsung yang turut mendapat perhatian ramai adalah kamera kompak, dan hari ini, Samsung Malaysia berkongsi dimana mereka akan mula menawarkan kamera kompak terkini daripada Samsung, iaitu NX300 tidak lama lagi.

Samsung NX300

Spesifikasi Samsung NX300
Sensor 20.3-megapixel APS-C CMOS
Format Gambar JPEG, RAW
Format Video MP4
Storan SD, SDHC, SDXC, UHS-1
Harga RM2699

NX300 merupakan kamera kompak terkini daripada keluarga siri-NX keluaran Samsung, dimana melalui versi terbarunya ini, selain membawakan teknologi pengimejan terbaru daripada Samsung, iaitu enjin DRIMe IV, dimana dikatakan membawakan pewarnaan yang lebih baik, dan pengurangan dari kadar noise pada gambar. Ia turut membawakan sokongan rakaman video HD-penuh dalam bentuk 2D atau 3D.

Seperti beberapa kamera kompak daripada Samsung sebelum ini, melalui NX300 ini, ia turut dilengkapi dengan sokongan perkongsian, membolehkan pengguna menghubungkannya melalui WiFi, dan seterusnya berkongsi gambar terus ke laman sosial atau emel. Pengguna juga boleh menghubungkannya dan mengawalnya menggunakan telefon pintar. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi khas yang disediakan untuk Android dan iOS. Sokongan lain seperti AllShare Play, WiFi Direct dan sebagainya turut disertakan bersama NX300.

NX300 turut menyertakan skrin AMOLED bersaiz 3.31-inci untuk membolehkan pengguna membuat pelbagai tetapan, ataupun melihat gambar dan video yang dirakamkan terus melaluinya.

Samsung NX300 ini bakal dijual di pasaran Malaysia bermula 8 April 2013 ini pada harga RM2699. Ia akan ditawarkan dalam tiga variasi warna, iaitu hitam, putih dan juga perang.

Terdapat 9 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Cantik juga. Stylish retro design. Cuma spec jenis ‘interchangable-lens camera’ ni, bolehlah dibandingkan dengan spec-harga yang hampir sama dengan jenama lain.

    Jadi, dengan bajet RM2699, apakah jenis kamera yang paling disukai ramai, mengikut trend sekarang?

  2. Cantik dan hebat! Harga boleh tahan, gunakan OS Android lagi – teknologi canggih gaya retro.

Komen

Nama
Web