Cari @ Amanz

Seperti mana yang dijanjikan pihak Twitter sebelum ini, hari ini mereka telah pun secara rasminya melancarkan aplikasi khas untuk para pengguna Windows 8, sekaligus memudahkan pengguna Windows 8 mengikuti pelbagai kemaskini laman sosial mereka terus melalui komputer dalam kaedah menarik.

Twitter Windows 8

Melalui Twitter untuk Windows 8, aplikasi berkenaan membawakan sokongan popular kebanyakkan aplikasi Windows 8, iaitu Snap View, kebolehan membuat carian melalui Charm Bar, serta sokongan notifikasi dan juga Live Tiles. Gambar yang dipaparkan pada Twitter untuk Windows 8 ini juga lebih besar, memudahkan pengguna melihat kandungan yang dikongsikan dengan lebih jelas.

Bagi pengguna Windows 8 yang berminat, anda boleh memuat-turun Twitter untuk Windows secara percuma terus daripada Windows Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd