READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ulasan : Sony Xperia Z

Diterbitkan pada March 21, 2013 oleh

Sony Xperia Z telah pun mula dijual sejak beberapa hari yang lepas di Malaysia. Peranti sebesar 5 inci ini ialah antara peranti Android yang terawal mempunyai paparan skrin HD penuh serta kemampuan kalis air yang menakjubkan. Adakah penggunaan skrin HD penuh dan kemampuan kalis air ini alasan yang munasabah untuk anda memilikinya? Sila baca ulasan kami untuk jawapan kepada soalan di atas.

Spesifikasi Sony Xperia Z
Cip 1.5GHz (empat-teras) Snapdragon S4
Kamera Utama 13.1 Megapixel dengan Exmor RS
Kamera Hadapan 2.2 Megapixel
Storan Terbina 16 Gigabyte dengan sokong Mikro SD
RAM 2 Gigabyte
Skrin 5 inci  LCD HD Penuh
Bateri 2330 mAh

Dari segi fizikal peranti terkini dari Sony ini mengekalkan rekabentuk berkotak yang sebelum ini kita lihat pada Xperia ION dan Xperia P.  Seperti Nexus 4, Xperia Z mempunyai bahagian belakang yang diperbuat daripada kaca. Bahagian kemasan tepi pula diperbuat daripada plastik.  Benda pertama yang anda sedari apabila memegang peranti ini ialah ketiadaan port yang terbuka. Kesemua port dari mikro USB, fon kepala, SIM dan slot MikroSD peranti ini terselindung di belakang penutup plastik. Penutup-penutup plastik ini adalah perlu bagi memastikan komponen dalaman Xperia Z tidak akan dimasuki air ataupun debu. Menurut Sony, Xperia Z mampu direndamkan di dalam air sehingga 1 meter selama  30 minit tanpa mengalami sebarang kerosakan. Secara keseluruhan kualiti kemasan dan rekaan Xperia Z adalah amat baik dan membuatkan ianya kelihatan premium.

Kelemahan yang kami temui ialah pada rekaan penutup plastik untuk fon kepala dan mikro USB. Sekiranya anda menggunakan fon kepala, penutup plastik ini akan terjuntai keluar dan kelihatan kurang kemas. Tambahan lagi jika anda tidak membeli aksesori dok pengecas, anda perlu membuka penutup plastik ini setiap kali melakukan pengecasan dan ini agak menyusahkan.

Set Malaysia tidak didatangkan dengan dok seperti set antarabangsa, dan perlu dibeli secara berasingan.Kami mengesyorkan anda membeli dok pengecas Xperia Z dan fon kepala Bluetooth bagi mengurangkan kesusahan membuka serta menutup penutup plastik yang sedia ada. Selain daripada itu rekaan tubuh peranti yang agak berkotak membuatkan ianya kurang selesa untuk dipegang. Pada hemat kami rekaan bahagian belakang yang sedikit melengkung seperti HTC One adalah jauh lebih selesa untuk dipegang.

Butang kuasa yang ergonomik dan menjadi simbolik untuk rekaan Sony tahun 2013 ini.Pada bahagian kanan terdapat butang suara, pembesar suara dan butang kuasa. Kami cukup menggemari rekaan dan kedudukan butang kuasa peranti ini kerana ianya amat ergonomik. Kedudukan butang kuasa pada bahagian tengah sebelah kanan peranti memudahkan proses mematikan serta menghidupkan peranti. Mengapakah butang kuasa kesemua peranti  pintar yang ada di luar sana tidak pernah direka seperti ini sebelum ini? Kami tidak tahu tetapi kami tidak akan terkejut sekiranya rekaan Sony ini akan menjadi ikutan pengeluar peranti pintar yang lain di masa akan datang.  Pembesar suara pada bahagian kanan juga satu lagi rekaan yang pintar dari Sony. Sebelum ini kebanyakkan peranti meletakkan pembesar suara pada bahagian belakang mengakibatkan bunyi yang keluar agak tenggelam. Pada Xperia Z bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suaranya amat jelas kerana lokasinya pada bahagian kanan. Bunyi yang dihasilkan tidak dilontarkan ke belakang jauh dari telinga pendengar. Sony jelas melaburkan banyak masa bagi memastikan Xperia Z mempunyai rekaan industri yang paling mesra prengguna di pasaran sekarang.

Skrin TFT 5 inci Xperia Z mempunyai paparan HD penuh seperti yang ada pada HTC Butterfly dan HTC One.  Kepadatan pixel skrin Xperia Z adalah setaraf dengan HTC Butterfly (441 PPI) tetapi kurang sedikit dari yang ada pada HTC One (469 PPI). Sungguhpun begitu perbezaan kecil dari segi kepadatan pixel ini tidak akan disedari majoriti pengguna disana.

Kami mendapati paparan warna pada skrin kurang menyerlah jika dibandingkan dengan HTC Butterfly yang merupakan pencabar terhampirnya di pasaran Malaysia buat masa ini.

Antaramuka

xperia-Z-antaramukaAntaramuka Timescape yang digunakan pada peranti Sony sebelum ini diberikan nafas baru.  Meletakkan widget dan pintasan kepada aplikasi adalah lebih mesra pengguna. Apabila ada melakukan aksi pinch-in, anda akan dibawakan kepada antaramuka yang memaparkan logo widget, aplikasi, pilihan latar belakang dan pilihan tema telefon. Pada versi Timescape sebelum ini kesemua widget yang ada akan terawang-awang pada skrin peranti dan ini menyukarkan anda untuk melakukan perubahan pada home screen dan sebagainya.  Perubahan yang dilakukan kali ini membuatkan penggunaan Android pada peranti Sony lebih menyamai penggunaan pada peranti Android yang lain. Keselarian ini memudahkan pemilik Xperia Z untuk menggunakannya tanpa perlu belajar semula bagaimana menggunakan peranti baru mereka.

Selain daripada itu apabila butang multi tasking ditekan, anda boleh melancarkan aplikasi mini yang diberi nama SmallApps oleh Sony. SmallApps adalah aplikasi kecil yang apabila dilancarkan akan muncul pada tingkap kecil yang boleh dialih mengikut keperluan pengguna. Aplikasi jam randik, mesin kira-kira, nota dan perakam audio adalah antara small apps yang sudah terbina. Jika anda biasa menggunakan antaramuka Touchwiz, SmallApps bolehlah dikatakan aplikasi mini Samsung versi Sony. Anda boleh menambah SmallApps yang sedia ada tetapi pilihan yang ada setakat ini adalah agak kecil. Pada hari artikel ini ditulis hanya terdapat 29 small apps yang boleh dimuat turun dari Google Play Store.

xperia-Z-kesemua-antaramuka

Kamera

Xperia Z dilengkapi kamera utama sebesar 13.1 Megapixel dan 2.2 Megapixel pada bahagian hadapan. Kedua-dua kamera ini mampu mengambil video pada resolusi HD penuh. Kamera utamanya juga mampu memgambil video di dalam mod HDR.  Gambar yang diambil adalah jelas dan cukup tajam kerana menggunakan sensor Exmor RS yang mampu menganalisa imej yang diambil bagi menentukan tetapan mod gambar yang diambil. Kemampuan menetapkan mod gambar yang diambil ini benar-benar memudahkan pengguna mengambil gambar tanpa perlu melakukan tetapan secara manual.

Gambar pada keadaan pencahayaan rendah juga terang berbanding pesaing yang lain kecuali HTC One. Kami pernah melakukan perbandingan gambar yang diambil dari Xperia Z berbanding HTC One sebelum ini dan ianya boleh dilihat pada artikel pandang pertama kami sebelum ini.

Di bawah ialah perbandingan gambar yang diambil menggunakan Xperia Z dan HTC One X+ yang sempat kami rakamkan. Jelas sekali gambar yang diambil menggunakan Xperia Z lebih terang. tajam dan mempunyai warna yang lebih hidup.  Sila klik gambar di bawah untu melihatnya pada resolusi penuh.

XPERIA-ONEX1

XPERIAAZ-real-reso2

Kelemahan kamera Xperia Z adalah jika anda ingin mengambil banyak gambar menggunakan burst mode, anda perlu menukar mod secara manual. Ini berbeza dari kamera Nexus dan HTC yang membenarkan anda mengambil banyak gambar secara berturutan dengan menekan butang pemetik secara berterusan.  Butang kamera khas yang sebelum ini wujud pada peranti-peranti Sony juga tidak ada pada Xperia Z. Antara sebab kami menggemari rekaan telefon pintar Sony sebelum ini ialah kewujudan butang kamera khas ini.  Akhir sekali seperti kesemua video yang diambil menggunakan peranti mobil, video yang diambil menggunakan Xperia Z mempunyai masalah rolling shutter yang ketara.

 

Penanda Aras

Seperti biasa penanda aras Quadrant dan Antutu dilakukan terhadap peranti ini. Buat masa ini Xperia Z mempunyai markah penanda aras tertinggi dalam sejarah ulasan Amanz.my.  Pada penanda aras Quadrant ia mendapat 7877 markah manakala pada penanda aras Antutu pula ia mendapat 20838 markah. Bedasarkan markah yang diterima, Xperia Z mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dari LG Nexus 4 dan HTC Butterfly. Beberapa minggu yang lalu penanda aras untuk Samsung Galaxy S4 tertiris ke laman web tetapi kami tidak akan membandingkan markah S4 dengan Xperia Z buat masa ini kerana ianya bukan ujian penanda aras yang boleh kami sahkan buat masa ini.

xperia-z-penanda-aras

Bateri

Ketahanan bateri adalah antara kriteria utama sebelum membeli sesebuah peranti terutamanya di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum akibat ketidak-stabilan sistem telekomunikasi selular negara kita, jangka hayat bateri peranti di Malaysia menjadi agak pendek. Kami menggunakan Xperia Z di dalam tiga mod berbeza iaitu ringan, sederhana dan tinggi. Keputusan ujian kami boleh anda lihat di bawah.  Seperti yang dijangka hayat bateri Xperia Z adalah agak pendek kerana penggunaan skrin HD penuh dan bateri hanya sebesar 2330 mAh sahaja. Ini adalah berita buruk bagi mereka yang mahukan peranti yang mampu bertahan lama. Sungguhpun begitu masa untuk mengecas semula bateri Xperia Z adalah lebih pantas dari kebanyakan peranti di pasaran sekarang.

xperia-Z-prestasi-bateri

Kesimpulan

Sony Xperia Z ialah antara peranti terbaik yang boleh anda miliki sekarang kerana kualiti binaannya yang dan kemampuan kalis airnya.  Kemasan plastik pada bahagian tepi pula lembut dipegang dan berfungsi sebagai penyerap hentakkan sekiranya peranti ini terjatuh. Kami cukup menggemari rekaan butang kuasa, butang suara dan kedudukan pembesar suara yang kesemuanya terletak pada bahagian kanan peranti. Pada peranti lain kedudukan butang kuasa adalah pada bahagian atas dan bagi peranti yang mempunyai skrin yang lebih besar dari 4.5″, ini menyukarkan ianya dari ditekan dengan menggunakan sebelah tangan. Kedudukan pembesar suara pada bahagian tepi juga memastikan suara pemanggil kedengaran lebih jelas apabila anda menggunakan fungsi speaker phone. Antaramuka Timescape yang diberi rekaan baru juga jauh lebih mudah digunakan kerana mesra pengguna.

Kamera Xperia Z mampu mengambil gambar dengan kualiti yang memuaskan tetapi masih belum mampu menandingi kamera Ultrapixel yang ada pada HTC One. Ini pernah kami paparkan dalam artikel pandang pertama kami. Sungguhpun begitu bagi tujuan mengambil gambar untuk laman media sosial kualiti yang sedia ada sekarang sudah cukup memandai. Kamera Xperia Z juga mampu melakukan tetapan mod gambar yang ingin diambil secara automatik. Sebagai contoh sekiranya gambar diambil dalam suasana gelap, kamera akan secara automatik mengaktifkan mod pencahayaan rendah. Kami cuma terkilan gambar yang diambil pada resolusi 13 Megapixel tidak boleh diambil pada nisbah 16:9 . Satu lagi perkara yang kurang memuaskan ialah mod mengambil banyak gambar pada satu-satu masa harus diaktifkan secara manual dan tidak hanya dengan menekan butang pemetik kamera secara berterusan. Fungsi ini sudah ada pada peranti Ice Cream Sandwich Nexus dan HTC. Diharap pada kemasan perisian Xperia Z yang akan datang fungsi ini boleh diaktifkan. Seperkara lagi Xperia Z tidak dilengkapi butang kamera khas seperti peranti Sony sebelum ini seperti Xperia ION. Kami rasakan butang kamera khas amat berguna dan memudahkan penggunaan kamera. Agak rugi ianya tidak diletakkan pada Xperia Z.

Tidak banyak perkara negatif yang boleh kami tulis tentang Xperia Z kerana ianya sudah hampir sempurna. Yang paling menghampakan kami ialah hayat bateri yang masih agak lemah. Ini sudah pasti akibat penggunaan skrin HD Penuh dan saiz bateri yang agak kecil.

Jika anda mahukan peranti yang mempunyai binaan yang berkualiti, susunan butang ergonomik, kalis air dan kamera yang baik kami rasakan Xperia Z ialah peranti yang anda cari. Ia mampu memenuhi segala keperluan harian anda.

PRO dan Kelebihan
  • Mempunyai kemasan dan bahan binaan yang baik. Xperia Z mempunyai kualiti binaan yang tinggi dan terasa seperti sebuah peranti premium
  • Tahan air dan debu. Xperia Z memang direka untuk negara tropika seperti Malaysia di mana hujan lebat boleh turun secara tiba-tiba. Kini anda tidak perlu risau sekiranya peranti anda basah
  • Antaramuka Timescape baru yang lebih mesra pengguna berbanding versi sebelumnya. Kini fungsi asas Xperia lebih menyerupai stock Android.
  • Rekaan butang kuasa dan suara yang ergonomik.
  • Kemampuan mengambil video dalam mod HDR. Video yang diambil kini mempunyai kualiti yang lebih dinamik
  • Kamera yang mampu memilih mod gambar yang harus diambil secara automatik tanpa pengguna melakukan tetapan mod secara manual.
KONTRA dan Kekurangan
  • Rekaan berkotak agak kurang selesa untuk dipegang. Panel belakang berkaca adalah rata dan tidak melengkung bagi memberikan keselesaan ketika memegang
  • Anda harus memiliki dok pengecas dan fon kepala NFC bagi memudahkan penggunaan. Panel kalis air harus dibuka agak melecehkan sekiranya anda tidak membeli dua aksesori ini.
  • Kamera 13MP hanya mengambil gambar pada nisbah 4:3 dan bukannya 16:9
  • Terdapat sedikit masalah sela masa jika menggunakan papan kekunci pada kelajuan yang pantas.
  • Jangka hayat bateri yang agak pendek. Bateri yang terbina sepatutnya lebih besar kerana skrin 5″ beresolusi HD penuh Xperia Z paling banyak memakan bateri. Pastikan anda membeli power-bank jika anda mahu menggunakan peranti ini untuk masa yang lebih lama.
Terdapat 137 komen
Komen Popular
  1. kini tidak ada lagi alasan untuk tidak mandi bersama peranti anda kih3

  2. Maklumat yg cukup lengkap dan mudah difahami. Terima Kasih Amanz…

Keseluruhan Komen
  1. Maklumat yg cukup lengkap dan mudah difahami. Terima Kasih Amanz…

      • saya pon ad beli gak..made in china..beli dkt sony centre dkt alamanda…ad bg woranty sony.. ori k x tu??

        lg satu,masa beli hp ni.. die ad bg ape ye dlm kotak tu?

        • Skg smua made in china…yang penting warranty sony bro….puas hati…dalam kotak ada charger,handsfree,warranty card,user guide….

  2. Kamera 13MP hanya mengambil gambar pada nisbah 4:3 dan bukannya 16:0… nisbah 16:0 ke 16:9 ?

  3. kini tidak ada lagi alasan untuk tidak mandi bersama peranti anda kih3

  4. dah cakap sebelum ni, sony ni kurang dari segi optimization software terhadap hardware jer. cth pada kamera.seperti over compress menyebabkan detail2 menjadi kurang. tgk kat sony forum ramai mengadu tentang masalah Sleep Of Death. Hardware yang cukup hebat dan detail tp pengguna di sajikan firmware dan software yang half bake. bugs sana sini. fix update cukup2 slow.

    patut la murah , harga 1st batch yang abg kus tawarkan rm 2070 jer. rupanya dock xperia z kene beli asing2. blh di beli ker dock xperia z? sudah di jual? sbb mmg apa yang amanz cakap tentang penutup port tu mcm leceh. nanti lama2 anda akn merasa hp anda tidak beberapa kalis air sbb dah longgar. ini pengalaman saya menggunakan xperia go.

    harap2 dock tu blh senang di beli dan harga yang tidak terlalu mahal. agak frust sampai sekarang saya masih tidak dapat membeli dock utk xperia tx saya. pasaran malaysia takde. nak beli ebay pon xde.

    • SOD, Sleep Of Death aku dah kena dah bro, pada Xperia Go aku..

      Bermula dari aku cuba turm off hp aku utk cas..bateri waktu tu about 10%. Pas tu aku cuba turn on balik..

      Tak menyala nyala..plak. Hampeh, sebelum jadi tu aku dah baca pasal SOD kat model Xperia lain malam tu. Kene kat aku plak pagi tu.

      Sdahnya aku anto kedai, and esoknya amek dari kedai..die kate takde pape plak..

      Mase jadi tu Xperia Go aku pakai Gingerbread, dan skarang aku dah update ke Ics..

      Takde plak jadi..moga2 jadi sekali tu jela.

      Akhir bulan ni nak tggu upgrade JellyBean plak..

      2 kali upgrade..harap2 sesuatu yg mengembirakan..

      • oh,aku pon penah terkena SOD pada tx aku ni. batteri dalam 20++ lagi, aku letak sebelah dalam stanby la sambil2 layan utube. dalam 1/2 jam aku nak msj member aku, tgk2 hp da padam. on pon xdapat. nasib baik bateri jenis buleh bukak. tu pon aku tunggu dalam 1/2 dgn cabel tercucuk baru hp aku on. masa starup pon die boot dgn recovery

        xperia go aku skang member aku pakai. aku xpnah bawak pegi berendam mana2. stakat basuh2 show off depan member tu sakan lah.member aku pon takut nak berendam. lagi pon bila dah asik bukak tutup die punya charger port seal tu, skang ni mmg longgar. lagi lah takut. haha

        aku rasa hang kene tunggu lama lagi jelly bean sebab sony baru announce xperia tx akan dapat update bermula 1 april ni..

      • satu lagi skang aku perasan aku punya percentage battery mmg giler. kadang2 xsampai 0% battery dah flat out. worse case 20-30% battery flat. try beli battery sun global yang mAH die besar skit. makin lawak pula jadi nya

        contoh bila aku pakai battery A sampai flat 0%, bila aku tkar battery B yang full,die akan stay kat 1% jer @ pun last percentage yang battery sblm tu digunakan. worst case ari tu nak caj ke dua dua battery empty flat, bila yang 1 du 100% penuh, aku tukar battery, die still baca 100% jugak. nak on punya lah susah.

        tp aku tak tahu la masalah calibration percentage battery ni ada di kat mana2 android device @ pon di sony experia aku jer

        • kami juga menemui masalah ini ketika menguji beberapa peranti sony sebelum ini. telefon mati secara automatik apabila bateri mencapai tahap 10%. Berlaku pada Xperia ION and Xperia Arc S

    • Nasihat aku..jgk pada kawan2 yg lain. Kalau dah dapat beli Xperia Z ni. Jangan la cuba2 rendam dalam air walaupun telah diiktiraf dapat rendam kurang 1 meter selama 30minit..

      Hp ni hanya water resistant. bukan water proof.

      Ade dimana mangsa mangsa Xperia Go dah terima akibat..

      Rendam2 hah..terus tak bleh pakai.

      • Xperia GO aku kalau setakat basuh cuci habuk dan kotoran tu beranilah..tapi bab selam dalam air tu still tak berani nak cuba lagi…hahaha

        • Aku pun lebey kurang ko..

          Lagipulak seal blakang bateri Go aku dah terbukak sket..

          Jgn harap nk rendam kah kah.

      • soyacincau ad buat review rekod video smbil swimming gune Xperia Z

        • Takpelah, die brani wat camtu takde hal.

          Kalau Hani sendiri ade Xperia Z tu, Hani ade rase berani nak buat, dipersilakan..

          Ur smartphone, ur choice..hehe.

          • aku pakai xperia acro s siap rakam dalam kolam renang…ok jer…kalo tak berani tak payah buat….

        • saye xde xperia z. xperia go je. yup. penah bwk masuk dlm pool sekali :)

    • Ooo..belum ada ker dock tu..baru nak cari selepas baca info sini…betul jugak tutp bukak tutup bukak lama lama pasti longgar….

  5. so far the best device yg aku pernah guna, nokia 5730. masuk air. biar dia kering, boleh survive lagi. pastu kali ke-2 accident teruk. aku jatuh seret, mmg hp kena dulu la. agak teruk dan cover bateri langsung tak bleh pasang. mula2 mmg langsung tak boleh on, last biar seminggu, bila try on, boleh hidup lagi. tapi bateri tahan 5 jam je dalam standby mode, and kamera tak boleh guna.

    p/s: bukan nak comparing apapun, tapi aku respect nokia lagi dari segi quality dia, dan aku expect nokia mampu keluarkan lagi design dan build quality far greater than this. Mari berdebat secara berhemah! Kalau salah tolong ajarkan. terima kasih. :)

    • hp pertama aku pakai sagem. beli 2nd hand rm 50 2 hari lepas tu xleh pakai. xde line. lol.
      pastu aku dapat 3310 screen siap belang2 lagu aku beli 2nd hand gak. tahan lasak, jatuh terbarai bagai cover, keypad, batery, pasang balik elok2 jer blh on. beli casing pon murah jer rm5 kat pasar malam. hehe. well nokia the best. last device nokia aku pakai n8. brick. sayang :(

    • betul2..nokia juga tahan lasak..saya guna xpress music 5630 sampai sekarang masih tahan,hajat nak tukar jugak xperia z, tp henfon tu masih elok dan sempurna.dah guna dari 2009 lagi dah..kalau rosak baru nak tukar xperia z.

  6. yg ni pun terbaik gak
    adeh pening nak beli antara S4 atau Xperia Z…

  7. Bg sy phone ni agak terbaik dr phone yg de dpsran.cme ade sdkit kkurangan ttpi msh blh dtrima.tq aman dgn ulsan yg lngkap.dh pkai dh phone ni..hehe

  8. Butang kuasa sudah wujud pada nokia lumia 920 terletak pada bahagian tepi kanan. Harap maklum.

  9. lepas dah merasa pakai xpweia ion, aku takkan beli dah henpon2 sony. sekarang dah simpan xperia ion tu, pakai balik htc sensation yang dah buruk+calar tuh.

  10. Some Sony Xperia Z handsets reportedly suffering sudden
    death

    A number of Sony Xperia Z users have reported their devices
    suffering from sudden death. Apparently, Sony’s flagship has
    been shutting down for no apparent reason with subsequent
    efforts to bring it back to life proving unsuccessful, save for a
    hard reset in a few cases.
    There is no particular reason for the occurrence. Some users
    have blamed low battery for the issue, but others have had
    their Xperia Z expire with plenty of charge left in its battery.
    Sony has acknowledged the issue and promised that a fix is in
    the works. It will be delivered to the users via an upcoming
    software update.

    source : mamagomo

  11. Tq Ustaz for the info..

    Nasib la siapa yg beli dapat keluaran awal Xperia Z dengan firmware SOD..tapi still boleh try update firmware melalui Sony Companion.

    Untung siapa yg beli keluaran Xperia Z seterusnya dengan firmware yg stabil.

    Aku tak pasti serangan SOD ni berlaku secara rambang/random atau tidak..

    Tapi yg nyata aku pernah terkena dlm situasi turn off Xperia Go dlm 10% bateri yg tinggal kemudian plug charger..

    Esoknya tekan2 tak bleh on..Nah rasakan penangan SOD.

    Sape yg akn kene situasi camni, try wat hard reset tekan butang power dan volume up@down ( aku x brapa ingat )bg beberapa saat utk proses on balik dari simptom SOD

  12. Owh, bro pun da kone SOD gak..huhu.

    Lepas tu tade kene lg kan?

    Utk Xperia Go kene tggu lagi lame? Hahaha..adoiii

    Takpelah aku tggu Go org lain update to JB dulu. Pas tu aku usha review ape kes pas update to JellyBean.

    Kalau problem byk, better aku stay ngan ICs ni aje.

    Untung la Xperia TX bro bleh bukak.

    Aku punye Go mlekat teruih aihh..

      • Hehe..

        Banyak model Xperia ko bro..Ape kate nnt kalau ade model lebih, sedekah kat aku plak..

        Keh2

        • aku trade in/jual kat member jer… xmampu nak pakai byk2.. semua itu kenangan hehe

  13. Seperti yang aku dah belajar memang Xperia Z/ZL ini banyak masalah bukan sahaja software tetapi juga hardware. Software boleh dia atasi selepas SONY mengeluarkan update-update kemudian hari walaupun makan masa yang agak lama, tetapi masalah hardware adalah paling serius kerana ia tidak akan diperbaiki walaupun di upgrade. Antara masalah hardware adalah seperti kamera kerana gambar yang ditangkap menggunakan phone ini terlalu “hilang detail”(cuba lihat zoom gambar diatas) walaupun ia menggunakan teknologi baru dan 13mp. Masalah skrin juga, paparan video dan image memang hebat tetapi untuk kegunaan harian UI dan gaming adalah kurang selesa apatah lagi untuk outdoor “?” aktiviti ini kerana contrast brightness. Bateri pula bermasalah kerana Stamina-Mode tidak memberi bacaaan yang tepat dan sebenar. Penggunaan skrin besar juga HD memerlukan bateri yang besar malangnya SONY menggunakan bateri rendah. Bagi aku Xperia Z/ZL adalah model percubaan oleh SONY untuk phone berspefikasi/spec tinggi. Jika anda berminat untuk cuba/beli model cubaan ini adalah digalakkan.

  14. Aku setuju tentang penutup yang tak kemas tu. dulu aku pernah pakai xperia x8, dan hal yang aku paling tak suka adalah penutup port pengecas dan usb tu. Lepas 6 bulan, tetibe je benda tu tercabut.

    Aku lebih prefer penutup ruang pengecas yang jenis slide seperti yang terdapat pada Galaxy W. Risiko nak patah tu kurang la.

    Sekarang ni aku tengah tunggu mana2 phone yang keluarkan UI yang berbeza dari yang lain. Semua lebih kurang sama je kecuali windows phone.

  15. Amanz, ulasan untuk Battery Stamina Mode tak ada ke? Rasanya itulah fungsi unik yang ditunggu pengguna Xperia yang lain. Jika menggunakan fungsi tu, ada tak kelebihan jangka hayat bateri yang tahan lebih lama? Tengok ulasan dari forum XDA mengatakan, ramai pengguna luar berpuas hati dengan kualiti jangka hayat bateri Xperia Z.

  16. Komen2 negatif tentang smartphone Sony Experia – Sudden Of Death(SOD), update software kurang lancar, hardware kurang mantap, bateri tak cukup tahan lama dan lain2 masalah. Takut juga nak beli siri Sony Experia apa model pun. Sony masih kurang ‘umph’ dalam industri phone.

    • Kalau dah minat sambar je satu. Aku pun mmg ada perasaan mcm tu kalau sebelum beli tetibe review negatif byk plak..

      Tapi rasanya lain, bila dah beli,guna sendiri, masalah SOD sekali atau langsung takde, rasa OK bila pakai sendiri..

      Try je la beli, tapi dah dpt jgn rendam dlm air plak k bro..elakkan

  17. Kansel Z, baik tunggu s4, samsung the best smartphone in the world

      • Kalau aku beli Experia Z pun tidak mungkin ‘berani bodoh’ suka2 bawa masuk kedalam air. Cuma ‘hype’ je lebih. Badan Sony pun ada campuran plastik juga kalau tidak, tentulah berkarat kalau digunakan aluminum/logam 100%. Plastik memang diakui lebih bagus dari segi konduktif ion dan cas elektronik didalam industri produk2 mobile.

      • dh la cover blakang plastik. .mahal plak tuh samsung. . !

  18. memang best dapat xperia z ni..tapi aku punya xperia acro s pun dah bgs dah..siap menyelam dlm kolam…best glerrr laaa sony..terbik!!!!!

  19. No komen pasal issue yg di hadapi oleh user sony Xperia z…aku user Xperia zl…dan aku punya device adalah keluaran pertama dari sejak aku beli hingga sekarang Xperia zl tiada masalah yg di hadapi macam user lain…sama dengan Xperia lain seperti Xperia play,pro,neo,s,ion…ada juga yg Xperia bermasalah seperti bug software…tapi takde masalah bagi aku…penting benda boleh dapat je.

  20. pada aku, z ni agak baik…cuma :
    a) bateri klu tak on stamina mode….tak sampai sehari
    b) sound tak berapa kuat..mcm bunyi berbisik jer…walaupun dh on kan xloud dsb.
    c) kamera klu set pakai timer…snap sekali…pastu kena set timer sekali lagi…leceh skit di situ…

    part yg best :
    a) tak pernah hang
    b) screen display mmg superb…supersharp

    • pelik. Masa test peranti ini bunyi speaker kuat gila. Peranti yang anda cuba ada masalah kah?

      • bukan yg cuba…ni dah siap beli g….nanti nak g sony tanya depa…awat volume slow sgt…kat gsmarena pun depa review …kata speaker Z ni below average ja…

    • Speker xz ini dilindungi oleh selapis plastik nipis daripada dimasuki air. So bunyi akan sedikit kurang lantang berbanding peranti lain.

      • tak. Speaker XPeria Z lantang. Malah lebih lantang dari peranti lain kerana ianya side blaster. Kalau pegi tangan kita secara natural akan menjadi diaphagrm yang amplify bunyi telefon ini. Aku tak tahu mana datang mitos speaker Xperia Z tak kuat. Mungkin lepas rendam air? Kena ketuk2 sikit dan biarkan kering lepas tu voila back to normal

        • bunyi x kuat sy dah actifkan Xloud… dn bunyi pun x berapa sedap. kuat dn sedap ag bunyi asha 305, bila pasang head phone mmng terbaik. Samsung ke apa ke semua kalah tp x tau lak pulak HTC one/ butterfly ada beats audio klu baca rewei mmng speker beats ni terbaik tp x try ag. tp dah off tetiba apa nk kna buat..??? xleh nk onn x leh nk kluarkan btry.. xde pulak bottun tok restart. nk kna tnggu btry hbs ke?? bnyak ag btry ni..

          • mangsa SOD? cuba guna cara2 yang bro2 atas ajar. aku dulu kene SOD tp bukan sebab firmware sbb batteri ebnarnya flat out terus. masuk charger, tp yg penting source power bukan dari port usb comp, tp gunakan wall charger direct tunggun 30-1jam,try tekan butang on.

        • Salam bro,btol ape yg ko ckap,aku dh alami masalahnya skrg….masalahnya bila rendam @ kena air speker jd masalah n kena tggu 30 bru blh dgr kuat n clear bunyinye..

  21. Tunggu Galaxy s4 le, kalau macam ni punya profile & performance Experia Z dan HTC One.

    • pada aku la kan.. XZ ni memang sedap mata memandang, memang dicipta untuk mata. tapi bukan sedap untuk dipegang, canggung sket rasa kat tangan.

  22. Perlu diingatkan, kualiti gambar yang dihasilkan kamera dipengaruhi oleh kedua-dua hardware and software. Setakat review yang saya baca, kamera Xperia Z adalah memuaskan dan setanding dengan smartphone lain seperti iPhone 5 dan Galaxy S3 dan lebih baik berbanding Xperia S dan Nexus 4. Gambar yang dihasilkan kelihatan lebih realistik dengan noise yang kurang. Kelemahan kamera Xperia Z berbanding HTC One dan Lumia 920 adalah pada “low-light scene”.

    2. “Contrast brightness”? Mungkin maksud kamu contrast and brightness. Sekali lagi, contrast boleh diperbaiki dengan software update. Skrin Xperia Z juga sangat memuaskan. Memang diakui teknologi TFT LCD yang digunakan oleh Sony mempunyai viewing angle yang agak mengecewakan. Bagi saya, Sony Timescape UI dan HTC Sense UI adalah jauh lebih baik kemas dan cantik berbanding Samsung Touchwiz dan Motorola Motoblur.

    3. Bateri masih lagi kurang cuma lebih baik berbanding HTC Butterfly. Berkenaan Stamina Mode, jangan salahkan batteri jika bacaan Stamina Mode tidak tepat. Lagipun, Stamina Mode cuma memberikan anggaran dan bukannya bacaan. Untuk kegunaan internet dengan WiFi On dan email sync dalam masa yang sama, Xperia Z mampu bertahan selama 9 jam dengan bateri fully-charge dan berbaki 20+-% selepas 9 jam. Online Full HD movie viewing boleh bertahan selama 5 jam dan lebih 5 jam offline viewing dengan full brightness dan Bravia Engine on. Stamina Mode amat membantu untuk penjimatan bateri terutamanya kepada casual user.

    4. Setakat ini, hardware Xperia Z tidak bermasalah cuma mungkin kurang disebabkan software itu sendiri. BTW, very nice review. Good work, Amanz.my. Keep it up.

  23. NOKIA terlebih dahulu telah mencipta butang ON/OFF seperti yang ada pada XPERIA Z.. iaitu pada peranti NOKIA LUMIA920…

    • Mungkin maksud Amanz.my design butang kuasa Sony yang iconic. Bukan kedudukan butang tersebut.

  24. xperia z sy ni hang camana nk wt?? x leh nk off x leh nk on. x leh nk recovery sbb klu nk recoveri kna off enset tp xdpt.. nk kluarkan batrypun x dpt gak huhu

  25. saya tak faham bab bateri kecik tu. 2330mAH lagi kecik dari 2100mAH yang galaxy s3 pakai ke? sori ye saya kurang sikit bab2 teknologi ni. maklum lah dah berumur.

    • lagi tinggi bacaan mAH tu. .lg kuat kuasa bateri tuh. . (tahan lame)

  26. selama aku guna mmg dak apa2 masalah.laju,smooth xpenh hang.cm samsung mmbe aku kdang2 lambat sikit.klu bab nk melayari tenet mmg laju.lg cepat dr hp lain.bettery pn xdak masalah.aku lh main game ngn layan movie lbh lama dr hp lain contoh note2,iphone&xperia lain2.cas cepat penuh so xyh risau.sound slow skit dr hp lain tp jelas&sedap didengar.kalis air mmg dh terbukti.sapa yg ada hp mcm ni mesti penh cuba.cuma yg leceh blakang dia.risiko tk calar agak tinggi.so kena betol2 jaga.screen dia plak leceh klu tgn kita berminyak.lg 1 leceh sbb susah nk guna klu one hand sbb besar tgn aku plak kecik.camera aku xtau sgt sbb jrang test.jatuh xpenah try lg.pandangan pertama org tgk hp ni org akn kagum :D

  27. as salam… baru jer dpt Xperia Z nie…. so far ok… memuaskan… cuma kena banyak meneroka… hihihii… almaklum ar…. x pandai guna hp canggih sebelum nie :)

    • Salam,nk tnyer nie….bru belikn so dh cuba rendam @ kena air?soalan sya adakah soundnya kuat @ tidak slpas trkena air krna xperia z sya akn jd slow slps kena air n take time jgk ler dlm 30 mnt utk nk dgr clear….

    • Salam,nk tnyer dh brape lame pakai z nie n skrg ada masalah x tntg z nie?

      • ari ni genap 5 bulan 3 hari penggunaan SONY XPERIA Z…. Ia BF sy yg ke-3… Alhamdulillah… tiada masalah…. x sengaja terrendam dlm air… mula2 sound agak bler… tp lama2… clear… cuak jugak pada awalnyerrrr :)

  28. dok pengecas xperia z,ada kah terhad ? bagaimana cara penggunaanya?

    • Tak kena beli berasingan. Bila dah beli, kalau nak cas, masukkan je peranti pada dok.

  29. amanz, xperia z saye ni kadang2 panas kaw2 kat blkg bahgian sebelah kamera…kenape ek????

  30. Saya baru sminggu guna xperia z ni,memang best,cuma yg saya kesal tiba2 ja peranti ni minta password,tak dapat buka menu,hanya PANGGILAN KECEMASAN yg boleh..sebelum ni saya tak pernah pun pasang password,..saya tak tau nak buat apa sekarang,di mana.saya boleh dapat password,saya da hubungi kedai sony dan mereka suruh saya bawa peranti ni ke cawangan sony yg berdekatan..

    • Bro. Set XZ tu baru atau seken? Sebab XZ ni sangat2 mengutamakan security, in case telefon ini hilang atau dicuri.
      Ayat dia lebih kurang camni la kot “This device is locked. Please contact the owner at xxxx@mail.com to return the device. Thank you”

  31. Salam 1M…ingin tahu n kepastian,adakah benar @ tidak apabila. Xperia z nie kena air soundnyer akn jd slow….tq kekawan.

  32. Soal speaker jadi slow tu memang n takde masalah sbb ianya tak rosak, cuma slpas rendam, 1lapisan dlm speaker tu basah… So tggu dia kering baru dia jadi normal.. Perkara nie pun berlaku pd pemilik acro s..

    Lagi 1, yg selalu kena kata fon dia panas kerana penggunaan line HSDPA or senang citer line 3G yg berterusan.. So kalau rasa tak guna 3G better guna mod 2G je.. Tapi kalau guna DualMode, dia akan detect berdasarkan line yg paling kuat.. *bergantung pada anda cuma nya 2G tu memang save batri tapi tenet lembab…

  33. baru pakai xperia z sbln,network problem huhuhuhu…skrg ada kat sony center kl…

  34. kwn men rendam rakam2 dalam air,, bila dgr lagu sound jadi sumbat masuk air,,ku pkirkan sudah rosak,,2 3 jam elok semula,,los kejadian tu,,kwn Cuba elakkan celup air

  35. Macam mana eh? Nak guna camera n video dalam air???z aku punyer ny msuk jer lam air snyp xleh nak tekan2 dah,,pleaz ??

    • Kena tekan rekod sebelum masuk dalam air, sebab skrin tak berfungsi bila didalam air. Oleh kerana itu, pihak Sony hadir dengan Xperia ZR yang membawakan butang fizikal untuk rakaman video dan gambar – salah satu kekurangan pada Xperia Z.

      • Salam.. Aku pakai Xperia ZR.. masuk air loh… tak blh nak on sudah.. help2.. baru pakai sebulan nie

        • asyraf , sama dengan saya . pakai ZR tapi bila dah bawak masuk air , trus tak boleh on . kawan suggest letak ZR dalam beras . hp awk okay da ke ? ada cara lain ke nak ‘ok’ balik ?

        • asyraf , sama dengan saya . pakai ZR tapi bila dah bawak masuk air , trus tak boleh on . kawan suggest letak ZR dalam beras .ntapi sekarang tak boleh on lagi. hp awk okay da ke ? ada cara lain ke nak ‘ok’ balik ?

  36. Oo,tQ, memang xboleh lar ambil gambar dlam air,just record video jew boleh??

    • Ape punye soalan la . Mgg la bleh rakam video asal plak xleh . .

  37. alo..ada sapa2 yang tau x mcm mana kita nk tau hp experia ni ori k x.. sbb tgk dkt malaysia jual china set je walaupon dkt center..btl k?

    • Iye ke China set. Atau pun sebab “Made in China”.

        • Memang la Made in China. Hatta iPhone pun Made in China. Cara paling senang nak tgk ori atau tak kena la belek2 kotak ngan set tu. Kalo no IMEI dia matching, sah la ori. Pastu check la dia punya software, kot2 ada yang agak pelik sikit. Majoriti software menggunakan English sebagai standard platform. Tapi kalo China copy menggunakan bahasa Mandarin. Berdasarkan pengalaman yg lepas, set SONY tak pernah ada China copy. Samsung dgn iPhone tu memang berlambak2 la.

          • heheh..sori ye broo..saya br nk blaja pkai smart phone..biasa r selagi telepon x jahanam selagi tu x tkr..hahah.. tq bro 4 the info.dh cek..hehe

  38. smlm sony xperia z saye dah jatuh…. dah calar…. bleh kew sony xperia z nie tukar housing????

    • salam… nk tanya… sy ada masalah dgn hp eperia x… kalau guna internet wifi boleh… tp bila nk guna mobile internet ada masalah…. x boleh nk online bila nk guna line internet.. mcm mana nk solve ekh?… bila nk update software pun x boleh…

    • salam… nk tanya… sy ada masalah dgn hp sony eperia z ni… kalau guna internet wifi boleh… tp bila nk guna mobile internet ada masalah…. x boleh nk online bila nk guna line internet.. mcm mana nk solve ekh?… bila nk update software pun x boleh…

    • Xperia z cost untuk tukar housing termasuk display rm1080. Dia tak boleh tukar satu parts shj. Tetapi untuk cap boleh. Xperia z docking harga asal dia rm85 jer.

      • sy dah lama cari docking tuk BF sy (SONY XPERIA Z)… ada sesiapa yg leh tolong belikan????? :)

  39. salam… nk tanya… sy ada masalah dgn hp eperia x… kalau guna internet wifi boleh… tp bila nk guna mobile internet ada masalah…. x boleh nk online bila nk guna line internet.. mcm mana nk solve ekh?… bila nk update software pun x boleh…

    • Pergi ker setting – xperia – Internet setting . Download cellular setting.

  40. aku baru beri xperia zl 6/5/2013,hari ni bateri dh rosak..hampeh tol..bile nk on jer terus mati..bile connect charger boleh on,bateri tunjik full bar..tapi cabut charger terus mati…mcm xberbaloi baru jer beberape bulan pakai.huh

    • assalamualaikum….. saya pun alami benda yang sama. saya beli xperia zl penghujung bulan 5 tahun lepas tapi baru sekarang buat hal. bila hantar ke sony center mereka tak dapat buat apa-apa terpaksa hantar ke kilang. saya nak tanya, betul ke walau kilang dah baiki risiko untuk rosak tetap ada. kawan saya pakai xperia go dah terkena. fon dia problem yang sama hantar kilang, bila dapat semakin teruk. sekarang dia dah jual fon tuh sebab tak tahan banyak problem…..

  41. Assalamualaikum..

    nk tanya r..mgg ke sony xperia z ni belakang die akan cepat panas kalau bukak internet or layan movie or main game..risau plak kdang2 layan youtube die jdk panas..tlg bg tau ek..sbb saya baru belajar guna android..tq..

    • Mmg panas. Sbb on9 lama sgt. Sama je mcm lappy klo lme guna pon panas gak.. Xde pela. Tp jgn berterusan. Klo pns sgt tkut boleh hang. Bende ni peralatan. Canggih cmne pon klo xjg elok rosak jgk. :)

      • oo…tq bos…patut r ri tu pakai die hang…trus xleh nk wat aape2..tgg die sejuk pastu baru die on sendiri hp nih..hehe

  42. x tau la,pas tngok kesemua info kat atas, so confuse,z ke zr,zl z ultra, mana satu ni??

  43. Tulung, aq pakai Xperia Z smlm anak2 main games pas charger dah tak ble on/hidup dah..tpi lampunya berkelip2 yg warna hijau..

  44. Aku pakai xperia z april 2013. Setakat nih puas hti je. Ada celup air dpn kedai tuh nk puas hati. Kah3. Mmg betul speaker akan slow lpas tuh. Tp jgn gabra sbb akan normal blik. Krne rajin update software. Cuma jangka battery mmg slow la. Pkai lama mmg kne prepare awal cas ye. Lagi satu.xperia z klo hbis btry. Nk on smula mmg amik masa skit. So, jgn gabra bila hp mati bila cas pon xhidup sbb batrry kosong.tggu la lama skit.tuh pgalaman aku laa slpas belek bku dia bg mse beli hp ni. Takat ni. Puas hati wireless pon tarik lebih kuat. Laju and xstuck pon. :)

  45. Aku dah pakai xperiaZ 6 bulan. ada pro n kontra. prob 1) bateri mmg cepat kong kot guna selalu. tp kot dia dok dendiam tak berusik..mmg tahan lama laa. tp ader ker org pakai semakpon pastu dok letak jaa atas meja? problem ke2) hang/jem. kene off hempon pastu bia kejap. on balik baru ada. prob 3 yakni problem tebesa haku) lense camera yang berhabuk. bukan bahagian luanya berhabuk tp bahagian dalam. telepon sony centre, diorg soh anto balik supaya diorang buleh cuci lense.cemana boleh ader habuk?? gamba mmg terang (13mp tu beb) tp skali ada spoil dot-dot dlm gambo tu. mau tak hangin!!

    ralat betol aku dengan xperia nih..rasa nak tuka phone lain jerk..

  46. xperia z ka c ka apa2.besa la.benda pa pun misti rosak gak.kereta pun lama2 rosak gak.tpi klu fon samsung ori beli mahal.buat pa..ada gambar anjin…nk buh surah yasin pun xsangup..xcya..*#0*# pastu tekan -sensor- tungu dlm 5saat.tekan image test..ha keluar la angin kecik mata besar..angin kesayangan bos samsung…

  47. Maaf tumpang tanya saya pakai z1 kenapa setiap kali sy bukak YouTube belakang hp sy cepat saat panas?

  48. sushnya nk pilih yg mana 1 nie.. Ada yg hasut soh ambik iphone 5.. Hati berminat kat xperia z.. Ada plak hasut ambik note2.. Tgk komen2 len.. Goyang skit pown ada.. Tapi mmg minat sony dr dulu agy cam ngn sound mmg best.

  49. Salam, sy guna xperia go, sy nk taw, ad ker jual bteri xperia go, coz bateri dia kembung, sy bleh bkak bteRi dia sndiri. bwape harga bateri xperia go?

  50. Ala.. saya mmg tingin xperia z ni.. ada pro n cons. agak2 brape percentage pro and bape % cons ea?hehehhehe…

  51. hurmm, mintak pendapat semua..sony xperia z teeerendam dlm kolam hri tu msa maen air…da xbole hidup…kta kalis air…ad hrapan lg k nak baiki..mahal x?

    • port window terbukak kot masa rendam. Sepatutnya hantar TERUS ke service center sebelum internal berkarat. Mahal memang mahal tapi lebih murah dari beli phone baru.

  52. maaf nk tnya
    klo beli yang 2ndhand tp dkt bwh nset tu die tulis made in china
    sbnrnye nset tu btoi2 ori atau x

Komen

Nama
Web