Cari @ Amanz

Setiap tahun, bagi para penggemar peranti berasaskan sistem operasi Android, keluarga peranti yang dinantikan adalah keluarga Nexus, dimana ia mendapat sokongan terus daripada pihak Google. Hari ini, beberapa ura-ura dan desas-desus berkaitan peranti yang dinamakan sebagai Nexus 5 mula kedengaran.

Nexus 5

Daripada apa yang diketahui, ia dikatakan akan diperkenalkan sekitar bulan Oktober tahun ini, dan dibangunkan oleh pihak LG. Peranti prototaip awal untuk Nexus 5 ini dikatakan dikenali dengan nama kod LG “Megolodon”.

Peranti ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.2-inci OLED dengan resolusi HD penuh, cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 pada 2.3Ghz, 3GB RAM, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, dan bateri terbina berkapasiti 3300mAh Lithium Polymer.

Sokongan kawalan menggunakan gesture, serta beberapa yang lain seperti speaker stereo dihadapan dan juga rakaman video HDR dijangka akan turut disertakan bersama-sama dengannya.

Daripada spesifikasi yang diperlihatkan, beberapa perkara kelihatan sebagai agak keterlaluan, dan berkemungkinan adalah tidak benar.

Apa pun, memandangkan ia hanya speskulasi, kemungkinan ianya tidak tepat adalah tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd