Cari @ Amanz

Vertu Ti merupakan salah satu peranti Android yang dilancarkan oleh Vertu baru-baru ini. Setelah ia dilancarkan di Singapura, kini dilaporkan peranti tersebut turut sama akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan April ini.

Vertu Ti

Vertu Ti dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, didatangkan bersama-sama cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan terbina 64GB dengan sokongan mikro-SD, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 3.7-inci dengan resolusi 800×480 pixel.

Pada harga anggaran sekitar lebih RM30,000, peranti ini menyertakan perkhidmatan eksklusif mereka, dinamakan Vertu Life, yang mana membawakan sokongan concierge 24 jam untuk pengguna mereka, dan beberapa ciri-ciri sokongan yang lain.

Jadi, bagi anda yang tidak menyukai rekaan peranti seperti Xperia Z, HTC One, dan beberapa yang lain, serta mempunyai wang tambahan dan inginkan sokongan Vertu Life, mungkin boleh nantikan pelancaran rasmi peranti ini di Malaysia pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd