READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

WhatsApp adalah salah satu aplikasi permesejan popular dimana ia menggunakan konsep langganan pada Android, BlackBerry dan Windows Phone, tetapi sebaliknya pada iOS ia hanya menggunakan konsep perlu beli sekali dan guna tanpa had.

Namun, perkara tersebut dijangka berubah tidak lama lagi pada tahun ini, dan pengguna iOS juga akan diperlukan mengguna pakai perkhidmatan WhatsApp berasaskan langganan. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan berkenaan bilakah ia akan diimplementasi.

Walaupun mereka mengenakan caj langganan, namun, amat jarang sekali kita dengar pengguna dikenakan bayaran, dan sering-kali pihak WhatsApp menawarkan aplikasi mereka secara percuma bersama-sama kemaskini langganan tahunan secara percuma.

Tetapi, sekiranya caj diimplementasikan kepada semua pengguna sekalipun, mungkin pengguna tidak berkira memandangkan hanya sekitar $0.99 untuk setahun, dimana agak murah berbanding perkhidmatan permesejan tanpa had yang ditawarkan mereka.

Terdapat 42 komen
Komen Popular
  1. ini mesti taksub dengan peranti lain, main suka hati je sembur auta. Kalau faham English, sila la ke http://blog.whatsapp.com/ untuk baca ‘fakta’ bahawa first whatsapp was developed and released for iphone. Oh, by the way, I’m Android user.

    Tak perlu taksub sangat, sampai tegakkan benang yang basah. Peace out! :)

Keseluruhan Komen
  1. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    • Erm. WhatsApp untuk iOS dah lama, tapi sekarang konsep guna dia lain dengan platform lain.

      iOS – beli sekali guna sampai bebila.
      Android, WP, BB – download percuma, tahun-tahun ada langganan.

      • mana ada kena bayar pn..bila dah tamat tempoh,uninstall lps tu download balik boleh je guna..

        • kalau cmtu mmg laa.. tp asasnya tetap tiap2 tahun kena bayar.. kalau ko uninstall pastu install balik lain lah citer..

        • diaorang boleh trace hp no la, android lepas setahun memang kena beli. lain la kalau register guna no lain.

      • aman, asal aku guna free sejak september 2011?
        sepatutnya tamat september 2012.
        tapi bulan tu, dia extend whatsapp aku sampai mac 2013.
        Dan sekarang, mac 2013, dia extend whatsapp aku sampai april 2014.

        oh. btw. im using android. hehe

        • Dia memang auto renew. Maybe kewangan kukuh buat masa ini. Tapi apa pun, nanti tak lama mesti diorang kenakan pembayaran, yang mana amat berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan. ;)

    • ini mesti taksub dengan peranti lain, main suka hati je sembur auta. Kalau faham English, sila la ke http://blog.whatsapp.com/ untuk baca ‘fakta’ bahawa first whatsapp was developed and released for iphone. Oh, by the way, I’m Android user.

      Tak perlu taksub sangat, sampai tegakkan benang yang basah. Peace out! :)

  2. kalau malas nak bayar tungu je bila2 ada promo free. saya pun donlod dulu masa free.

    • tuh utk download app. nih langganan bro. mksdnya kena byr tiap bln/setahun utk guna servis whatsapp. huhu..

      • anda mungkin lupa satu perkara bro. whatsapp register ikut no henpon kita bukan platform. saya pakai whatsapp mula2 utk BB lepas lapan bulan pakai android. 4 bulan lepas tu saya dapat notis kat Galaxy Nexus suruh bayar. tapi saya buat bodoh je. tapi kena extend lagi. bulan 1 hari tu saya mula pakai iOS dan whatsapp saya donlod free lama dulu lagi. sampai hari ni saya masih boleh guna tanpa ada bayaran.

        • Tapi anda kene faham bahasa Malaysia bro.
          “WhatsApp Untuk iOS Bakal Menggunakan Pakai Konsep Langganan Tidak Lama Lagi”
          “WhatsApp” dan “Langganan” ialah primary key dia.

          perenggan kedua pada artikel ini berbunyi:
          “Namun, perkara tersebut dijangka berubah tidak lama lagi pada tahun ini, dan pengguna iOS juga akan diperlukan mengguna pakai perkhidmatan WhatsApp berasaskan langganan”

          dan pada perenggan terakhir, ada ditekankan ayat ini “caj diimplementasikan” bermaksud, ada caj lain.

          Tak susah nak faham bahasa kita, tak susah juga untuk buang perangai ignorant tu. Peace :)

          • bro,

            saya faham maksud langganan tu. tapi bro ada baca artikel asal di techcrunch tu ka? apa dia cakap? konsep di iOS akan diseragamkan seperti platform lain droid dan sebagainya. baca semula post pertama saya tu. kalau tak mau bayar tunggu ja ada promo paid apps for free. kat appstore selalu buat begitu. bro boleh tengok link kat bawah tu macam mana harga whatsapp bermain di appstore.

            http://appshopper.com/social-networking/whatsapp

          • mental betei dia ni.

            Apps jadi free tu, standard la. Aku pakai iPad dan Android. Aku tahu apps free tu apa. Sometimes, ade ‘apps gone free’ . Tapi itu apps bro. Apps sahaja. In-app-purchase atau langganan tu, tak pernah dibuat jadi free.

            Ignorant gila. Lantak kau la labu.

          • bro,

            kau pi baca balik artikel asal techcrunch tu. bila masa dia sebut pasal app in purchase? jangan baca artikel amanz terus rasa bahasa melayu kau tu pandai sangat. apps free untuk satu tahun abis tempoh kena bayar. kalau nasib baik ada promo dapat lagi free. tak ada masanya techcrunch kata ada app in purchase/langganan yg ada dalam kepala kau tu. lagi satu benda ni hanya untuk pengguna baru iOS je. pengguna lama macam aku tak ada kena mengena langsung :)

  3. whatsapp utk wp8 byk makan bateri, bugging & lagging, wahai dev whatsapp inc… adakah anda baca setiap komen pada reviews

  4. Nasib baik la aku guna Wazaap kat Nokia N9. Walaupun bukan official dari Whatsapp tapi masih boleh berhubung dgn pengguna Whatsapp lain tanpa had.

    • Nasib baik la aku guna Wazaap kat Nokia N9. Walaupun bukan official dari Whatsapp tapi masih boleh berhubung dgn pengguna Whatsapp lain tanpa had tanpa apa2 bayaran.

  5. Seriously tak kisah, aku selalu tertanya manalah diorang dapat duit nak tampung server semua, charge tahunan, kalau setakat 0.99 tu tak kisahlah, memang patutlah.

  6. ada langganan? trus boikot guna LINE.
    yg bestnya LINE blh add user pkai id je.

  7. Alah aprla sangat kalau bayar pon.. bukan jadi satu masalah.. 3 ringgit lebih je kot..

  8. apa masalah nya? RM3 setahun.. ko topap sebulan 30 blh pulak? tahap pemikiran tu x standard langsung.. orang dah bt dan sediakan platform, patut kita hargai dgn byran.. ni tak sume nak free.. mslh btol kalo tahap pemikiran ditahap yg…xtaw nak kata cmna..

  9. guna sms biasa je la senang. tak payah pening2. sms skrg pon berapa la sgt.

  10. Dah la. Benda mcm ni pon nak bising. Kau bercakap pasal whtapp je pn. Waste time lah. Cito panjang lebar. Kononya uptodate.

  11. mula2 $0.99 setahun.. pastu naik skit-skit.. taktik lama

  12. maaf tumpang tanya..Amanz macamana nk knl iphone 4s yang original dengan yg recon?
    maaf jika tidak termasuk dalam topik..plzz help me!!

Komen

Nama
Web