READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Beberapa fungsi baru pada Windows 8.1 ataupun Windows Blue telah pun kelihatan sebelum ini, dan menariknya salah satu fungsi yang kini turut sama dikatakan akan disertakan pada Windows 8.1 pada bahagian desktop adalah sokongan butang “Start” yang disukai ramai.

StartW8

Sebelum ini, pada Windows 8 pihak Microsoft telah membuang butang “Start” pada bahagian desktop, sekaligus menerima kritikan ramai pengguna seluruh dunia. Ia sekaligus membuatkan ramai pembangun bebas seperti Pokki dan lain-lain hadir dengan alternatif mereka tersendiri yang memberikan akses seumpamanya untuk pengguna Windows 8.

Walaubagaimanapun, setelah digunakan untuk sementara waktu, Windows 8 sedia ada telah pun selesa digunakan walaupun tanpa sokongan CharmBar, dan tidak diketahui mengenai mengapakah pihak Microsoft ingin kembali mengubah pendirian mereka.

Buat masa ini, daripada versi yang tertiris ke arena web, sokongan butang Start masih tidak kelihatan lagi. Selain sokongan butang “Start”, ia turut dikatakan Microsoft akan menyertakan sokongan untuk boot terus ke bahagian desktop, sekaligus mengelakkan mereka menggunakan bahagian skrin Start yang dioptimasikan untuk skrin sentuh.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah Windows 8.1 atau Windows Blue ini akan diperkenalkan kepada umum.

Terdapat 11 komen
Komen Popular
  1. Cuba guna monitor 24″ keatas. Tak sesuai kalau cuma guna mouse dan keyboard. Immersives app tak sesuai untuk monitor besar dan resolusi tinggi. Multi window/multi app adalah sebab kenapa orang guna monitor besar. Windows 8 gagal disini.

Keseluruhan Komen
    • Cuba guna monitor 24″ keatas. Tak sesuai kalau cuma guna mouse dan keyboard. Immersives app tak sesuai untuk monitor besar dan resolusi tinggi. Multi window/multi app adalah sebab kenapa orang guna monitor besar. Windows 8 gagal disini.

  1. live tiles tu sesuai utk touch screen device je. utk konventional desktop, ttp perlukan start button untuk akses melalui tetikus. harap microsoft boleh keluarkan pilihan setting untuk button start itu.

    salah satu sebab aku xnak pkai win8 ni sbb xde button start ni la.. haha

  2. sokong bila microsoft nk buat start button balik untuk win8 desktop..sbbnya suma benda yg kita install xtersusun mengikut folder..kadang tgk mcm serabut pon ada..hoho

  3. ntah…dia igt sume org mampu nk pakai touch screen ke …sgll ..y dont they just add on function disable the button start by default but ppl can enable the function if they wanted it .. briliant huh?

  4. Windows 7 jugak paling sedap setakat ni. Windows 8 bakal jadi successor Vista. Skip je Windows 8 yang banyak masalah kompatibiliti dan praktikaliti ni.

    Kalau ada butang ‘Start’ mungkin boleh dipertimbangkan, hehe.

Komen

Nama
Web