Cari @ Amanz

TwitterMungkin semua sedia maklum dimana perkhidmatan Twitter dimulakan dengan nama twttr sebelum ini. Kini, bersempena dengan April Fool, mereka menggunakannya, dan hadir dengan konsep perkhidmatan mereka tanpa sebarang huruf vokal.

Daripada sebuah halaman khas yang disediakan oleh mereka, Twitter menyediakan kebolehan untuk pengguna menaip seperti biasa, dan pada bahagian twttr, segala huruf vokal dibuang secara automatik.

Bagi mereka yang ingin bermain dengan perkhidmatan ini, boleh ke laman Twttr khas yang disediakan, dan mula menghantar tweet tanpa sebarang huruf vokal.

Twttr

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd