Cari @ Amanz

Selain daripada pelancaran Spotify pada awal minggu ini untuk pasaran Malaysia, hari ini DiGi turut sama telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Deezer, sekaligus menawarkan perkhidmatan tersebut kepada para pelanggan DiGi pada kadar istimewa. Pengumuman ini hadir daripada DiGi, selepas mereka mengumumkan kerjasama dengan Evernote dan Skype sebelum ini.

DiGi Deezer

Bagi yang tidak mengenali Deezer, ia merupakan salah satu perkhidmatan muzik atas-talian, dimana lebih 20 juta lagu ditawarkan melaluinya dan boleh diakses melalui telefon pintar, komputer, dan juga tablet. Perkhidmatan Deezer telah ditawarkan untuk pengguna Malaysia sejak daripada tahun lepas, tetapi boleh dikatakan masih tidak dipasarkan dengan meluas di sini.

Dengan kerjasama pihak DiGi dan juga Deezer, mereka menawarkan langganan Deezer Premium+ secara percuma selama 3 bulan untuk para pelanggan yang mendaftar pakej pascabayar dan juga pakej internet terpilih. Beberapa pakej DiGi juga didatangkan dengan akses Deezer Premium+ percuma sepanjang tempoh kontrak, sekaligus membolehkan pelanggan DiGi menikmatinya pada pelbagai peranti milik mereka. Pihak DiGi juga turut menyediakan sebuah pakej khas, dinamakan sebagai Deejay, dimana menyertakan akses Deezer Premium+ dan juga DiGi CallerTunes pada harga RM8 sebulan.

DiGi - Deezer

DiGi - Deezer

Bersama-sama dengan pengumuman kerjasama ini, DiGi turut mengatakan mereka akan turut sama bekerjasama dengan beberapa artis tempatan dalam membawakan lagu-lagu mereka ke platform Deezer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd