READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dropbox Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada April 11, 2013 oleh

DropboxDropbox merupakan salah satu perkhidmatan storan awan yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Jikalau sebelum ini pengguna tempatan hanya boleh menggunakannya dalam bahasa Inggeris, hari ini, Dropbox meluaskan perkhidmatan mereka dengan menawarkannya dalam bahasa Malaysia, dan juga bahasa Cina.

Walaubagaimanapun, buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pengguna web, Mac, PC, Linux, Android sahaja, dan akan datang untuk iOS tidak lama lagi.

Daripada segi penggunaan, Dropbox di Malaysia dikatakan memperlihatkan peningkatan 274% tahunan, dan lebih 7.5 juta fail disimpan oleh pengguna tempatan setiap hari.

Jadi, dengan pengenalan ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak pengguna tempatan aktif menggunakan Dropbox di Malaysia, apatah lagi dengan kadar penembusan internet yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Terdapat 1 komen.
Komen Popular
  1. bila Amanz nak optimize app utk iphone 5?
    sorry out of topic

Keseluruhan Komen
  1. bila Amanz nak optimize app utk iphone 5?
    sorry out of topic

Komen

Nama
Web