Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Facebook telah memperkenalkan sokongan Chat Head melalui Facebook Messenger untuk pengguna Android. Kini, sokongan yang serupa dibawakan oleh pihak Facebook untuk para pengguna iOS, membolehkan mereka mengikuti penghantaran dan penerimaan mesej dengan lebih pantas ketika menggunakan aplikasi Facebook.

Facebook Chat Head

Namun, berbeza dengan Android yang membolehkan pengguna mengakses Chat Head walaupun menggunakan aplikasi lain, untuk iOS ia hanya terhad ketika pengguna menggunakan aplikasi Facebook sahaja. Perkara ini mungkin sesuatu yang telah dijangka ramai, memandangkan bentuk sistem operasi iOS yang berbeza dengan Android.

Selain sokongan Chat Head, Facebook juga dilihat turut sama menyertakan sokongan sticker ataupun emoticon bersaiz besar pada aplikasi permesejan mereka, lebih kurang seperti yang terdapat pada beberapa aplikasi permesejan dari Asia, termasuk LINE, WeChat dan sebagainya.

Pada masa yang sama, pihak Facebook juga turut sama membawakan kemaskini kepada aplikasi iOS untuk iPad, menawarkan rekaan yang lebih kemas berbanding sebelumnya.

Bagi pengguna iPhone atau iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun Facebook 6.0 untuk iOS hari ini, dan mula menggunakan beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd