Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu yang lepas, ia telah diperkatakan Microsoft akan menyokong skrin bersaiz lebih kecil melalui kemaskini Windows 8 kelak, dan kini sebuah gambar tablet baru hadir, memperlihatkan tablet Acer bersaiz 8-inci yang menjalankan sistem operasi Windows 8.

Acer - Tablet Windows 8

Buat masa ini, info penuh berkaitan tablet daripada Acer ini tidak diketahui sepenuhnya. Namun, mengikut desas-desus awal, tablet ini dikatakan akan menjalankan cip pemprosesan Intel Atom 1.8Ghz, dan seperti pada gambar, mungkin hadir dengan pelbagai pilihan aksesori untuknya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Acer akan memperkenalkan tablet terbaru ini. Berkemungkinan kita perlu menantikan pihak Microsoft membuat pengumuman rasmi berkenaan Windows 8.1 sebelum dapat melihatnya.

Apa pun, apa pendapat anda berkenaan tablet Windows 8 bersaiz sekitar 8-inci ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd