READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Bersempena dengan filem Iron Man 3 yang ditayangkan di pawagam, pihak Gameloft turut sama hadir dengan permainan rasmi untuk peranti mudah-alih, dimana kini pengguna Android dan juga iOS boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store dan juga AppStore.

Melalui permainan ini, ia membolehkan pengguna untuk mengawal watak Iron Man dalam menentang watak-watak jahat, disamping pada masa yang sama menguruskan Stark Industries dengan membangunkan 18 jenis bentuk pakaian berbeza.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini, dan mungkin anda perlu memuat-turunnya melalui rangkaian WiFi untuk menjimatkan penggunaan data anda, memandangkan saiz permainannya yang melangkaui 600MB. Selain itu, seperti beberapa permainan percuma, ia juga turut dilengkapi dengan In-App Purchase.


Terdapat 7 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web