Cari @ Amanz

GNomio SmartwatchGoogle, Samsung dan juga Apple telah dikatakan yang mana sedang membangunkan jam tangan pintar mereka tersendiri sebelum ini. Terkini, menurut WSJ, Microsoft juga turut sama tidak ingin ketinggalan, dan dikatakan sedang dalam proses membangunkan jam tangan pintar mereka tersendiri.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan dipasarkan, ataupun hanya sebahagian daripada projek Microsoft Research sahaja buat masa ini.

Microsoft sendiri yang mana sebelum ini memfokuskan kepada perisian, kelihatan akhir-akhir ini lebih memfokuskan kepada pengeluaran peranti selain Xbox, seperti Surface RT dan juga Surface Pro. Mengikut ura-ura sebelum ini, Microsoft juga dikatakan akan hadir dengan tablet Surface bersaiz 7-inci dan juga mungkin hadir dengan telefon pintar Surface mereka tersendiri.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Microsoft melalui projek jam tangan pintar mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd