READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Setelah diperkenalkan pada bulan Februari yang lepas di Mobile World Congress, kini Nokia Malaysia telah pun memperlihatkan kedua-dua peranti Lumia terbaru mereka, iaitu Lumia 720 dan juga Lumia 520 di Malaysia.

Kedua-dua peranti Windows Phone 8 ini akan ditawarkan bermula pada penghujung bulan ini, dalam beberapa pilihan warna. Lumia 520 bakal dijual pada harga RM599, manakala Lumia 720 berharga RM999 di Malaysia.

Nokia Lumia 520

Nokia Lumia 520 disertakan bersama-sama skrin bersaiz 4-inci dengan paparan 480×800 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera belakang 5-megapixel, memori terbina 512MB RAM, serta ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD.

Nokia Lumia 720

Lumia 720 pula membawakan skrin bersaiz 4.3-inci Clear Black dengan paparan 480×800 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 6.7-megapixel dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar melalui penggunaan kerangka luar yang boleh didapati sebagai aksesori tambahan.

Jadi, adakah anda akan mendapatkannya?

Terdapat 42 komen
Komen Popular
  1. Sesungguhnya membeli handphone semata-mata untuk bermain game adalah sungguh keanak-anakan.Taula x dapat main temple run. Tetiba jer.

    Jujurnya saya mengguna windows phone untuk memudahkan kerja seharian – walaupun pada mulanya saya hanya memandang enteng akan apps tambahan yg diberi Nokia (saya menggunakan Lumia 900 dan Lumia 620). Namun selepas setahun, saya amat berpuas hati dan tak merancang untuk bertukar ke platform lain.

    Saya banyak berjalan kaki (saya orang luar KL tapi tinggal dalam KL) dan Nokia Maps terlalu banyak berjasa kepada saya. Mengikut pengalaman saya, GPS Nokia mampu mengesan lokasi jauh lebih cepat berbanding peranti yang saya gunakan sebelum ni (seperti HTC Desire HD, GPS sangat lambat!). Nokia Transit pun masih berguna walaupun tak mempunyai data pengangkutan yang cukup, harap ini dapat dibaiki pada masa yang akan datang.

    Untuk mereka yang selalu internet browing, saya sangat mengesyorkan Nokia Express, iaitu browser khas Nokia yang mampu memampat data bagi mengurangkan kos.

    Applikasi email dalam WP8 juga amat berkesan – terutamanya live tiles. Kini saya tak terlepas biarpun satu email.

    Saya bukan hendak menjadi “product evangelist”, tapi saya sangat kasihan melihat orang ramai yang banyak mensia-siakan teknologi demi perkara yang sia2 dan buang masa. Saya sudahpun terlalu lelah dengan debat2 IOS Vs Android Vs WP – mereka sibuk dengan hal2 spesifikasi,saman itu ini dll sedangkan mereka lupa akan hal produktiviti mereka. Sekadar peringatan.

  2. Kena ingat, beli nokia untuk gaming agak sia-sia, game apps untuk nokia tak byk, sebab nokia lebih focus pada camera dan navigation. Elok beli ndroid or iphone for games and tons of apps. Tapi utiliti apps banyak utk nokia, flash light,prayer time, youtube download dan sebagainya dah lebih dari mencukupi.Kalau nak beli nokia phone sepeti lumia skrg ni, beli kerna 6 perkara,

    1.Display size n quality
    2.Sound Quality(ada dolby tak,sound nokia lebih kuat bunyinye dan sedap didengar.
    3.Camera quality.(most important, nokia always best camera,better sikit dari iphone).
    4.Free navigation(Nokia Maps,Nokia Drive.)
    5.Simplycity.(tak yah jailbreak,root,flash dsb yang memeningkan otak je kekadang.
    6.Toughness(memang nokia phone terbukti tahan lasak sejak azali.)

    512mb ram memang sedikit, tapi nokia tahu anda mungkin tak memerlukan banyak ram sebab nokia bukan menjurus ke arah Gaming/Apps,sebaliknya focus pada 6 perkara di atas.

Keseluruhan Komen
    • harga yang sangat kompetitif, memandangkan kamera 720 mempunyai mutu yang amat baik (terutamanya dalam penggambaran kurang cahaya) walaupun tak setanding 920/

  1. aman,
    Setelah diperkenalkan ada bulan Februari yang lepas di Mobile World Congress, kurang ‘p’ dekat perkataan ‘ada’…

  2. Lumia 720 agak berbaloi utk dibeli sebab kamera aperture 1.9 boleh bersaing dgn lumia 920 dalam kondisi low light. Tambahan pula, wireless charging juga boleh digunakan pd lumia 720. Untung pengguna lumia yg terbaru. Selalu je dapat update.

  3. 512m ram? Agak menyedihkan, certain game apps mcm temple run x lepas

    • der,tu windows phone la..pakai ram 512mb pun takde hal

      • tak silap, temple run kat window phone 8 memang tak dapat main untuk device dengan ram serenndah 512mb. :D

      • der, google dulu..
        temple run windows phone hanya untuk device ram 1gb..itu yg dimaksudkan En Nexus..device 512mb dlm proses penyesuain.

    • symbian yg setengah gb ram tu pon boleh multitask. android ko tu yg lembabb.

      • kurang faham motif komen ini..apa yg hendak disampaikan??

        puji symbian, kutuk android, dalam post windows phone…(O_o)

    • Kena ingat, beli nokia untuk gaming agak sia-sia, game apps untuk nokia tak byk, sebab nokia lebih focus pada camera dan navigation. Elok beli ndroid or iphone for games and tons of apps. Tapi utiliti apps banyak utk nokia, flash light,prayer time, youtube download dan sebagainya dah lebih dari mencukupi.Kalau nak beli nokia phone sepeti lumia skrg ni, beli kerna 6 perkara,

      1.Display size n quality
      2.Sound Quality(ada dolby tak,sound nokia lebih kuat bunyinye dan sedap didengar.
      3.Camera quality.(most important, nokia always best camera,better sikit dari iphone).
      4.Free navigation(Nokia Maps,Nokia Drive.)
      5.Simplycity.(tak yah jailbreak,root,flash dsb yang memeningkan otak je kekadang.
      6.Toughness(memang nokia phone terbukti tahan lasak sejak azali.)

      512mb ram memang sedikit, tapi nokia tahu anda mungkin tak memerlukan banyak ram sebab nokia bukan menjurus ke arah Gaming/Apps,sebaliknya focus pada 6 perkara di atas.

  4. Aku ingat lagi masa Nokia jenama besar dalam dunia telefon bimbit, siap letak harga tinggi-tinggi sampai RM2000+ padahal teknologi taklah secanggih mana pun. Nasib baik sekarang ada jenama-jenama lain yang lebih hebat barulah pasaran jadi kompetitif.

  5. Apasal gaya bahasa pengomen memuji windows phone nampak sama je.. Multinick ke

    • Entahlah. Mungkin pengguna WP tahu berbudi bahasa kot.lulz

  6. Sesungguhnya membeli handphone semata-mata untuk bermain game adalah sungguh keanak-anakan.Taula x dapat main temple run. Tetiba jer.

    Jujurnya saya mengguna windows phone untuk memudahkan kerja seharian – walaupun pada mulanya saya hanya memandang enteng akan apps tambahan yg diberi Nokia (saya menggunakan Lumia 900 dan Lumia 620). Namun selepas setahun, saya amat berpuas hati dan tak merancang untuk bertukar ke platform lain.

    Saya banyak berjalan kaki (saya orang luar KL tapi tinggal dalam KL) dan Nokia Maps terlalu banyak berjasa kepada saya. Mengikut pengalaman saya, GPS Nokia mampu mengesan lokasi jauh lebih cepat berbanding peranti yang saya gunakan sebelum ni (seperti HTC Desire HD, GPS sangat lambat!). Nokia Transit pun masih berguna walaupun tak mempunyai data pengangkutan yang cukup, harap ini dapat dibaiki pada masa yang akan datang.

    Untuk mereka yang selalu internet browing, saya sangat mengesyorkan Nokia Express, iaitu browser khas Nokia yang mampu memampat data bagi mengurangkan kos.

    Applikasi email dalam WP8 juga amat berkesan – terutamanya live tiles. Kini saya tak terlepas biarpun satu email.

    Saya bukan hendak menjadi “product evangelist”, tapi saya sangat kasihan melihat orang ramai yang banyak mensia-siakan teknologi demi perkara yang sia2 dan buang masa. Saya sudahpun terlalu lelah dengan debat2 IOS Vs Android Vs WP – mereka sibuk dengan hal2 spesifikasi,saman itu ini dll sedangkan mereka lupa akan hal produktiviti mereka. Sekadar peringatan.

    • komen ini harus di pin.well said bro.inb4..den dah torai ios,wp,android n meego..sume ada baik buruknye.pls dont compare spec kalau lain2 os..

  7. nokia dengan windows jimat bateri gila, berbanding dengan android cung cing, kena usung powerbank memanjang kalu x asyik blacout ja….xble blah

  8. murah. nak tukar ke L720..spec pun ok.
    seseuai untuk user yang tak main game. 512RAM apedehal.
    kalau beli handset untuk main game je buat ape. haish.

  9. Pingback: Nokia DuniaKu | Segala Yang Terkini Tentang Nokia

  10. Windows Phone – Best for navigation, softwares & multi-tasking.

    Android – Best for social networking, web surfing, imaging technologies, news trending, free & great applications, user-friendly customising, high hardware specifications.

    iOS – Best for gamers, social networking, best paid application, cloud data-bank, screen technologies.

    BB (RIM) – Best for social networking.

    • Tambah lagi satu untuk Windows Phone: Sesuai utk pengguna MS Office dan Outlook sbb boleh sync dan baca/edit Eord, Excel, Power Point file tanpa sebarang masalah. Kalau platform lain kena guna 3rd party yg kekadang ada file tak boleh baca dsbnya

  11. 520 harga 599 la pulok… kompem 620 tak jatuh harga dah…. ingat nak tunggu 620 cecah 600 nak sambar satu

  12. Sgt2 brminat ngan lumia…xsbr nk beli lumia 720..huhu…

  13. samsung pn kdg2 lmbab gak…..bli hp tk game smate….bik pkai kmptr je….lumia 520 trbaik

  14. windows phone lebih mesra pengguna berbanding android… nak guna & setting apa2 semuanya senang…

  15. Kelebihan android dpt bersambung dgn kebanyakan jaringan.. dan yang penting dpt packet data internet percuma seumur hidup!

    • Dapat dari mana cite jaringan, data percuma nih? Tau tak camna handphone dan jaringan berfungsi?

  16. i think nokia lumia is better than other phone,i will buy lumia 720..my fav nokia brand

Komen

Nama
Web