Cari @ Amanz

Setelah diperkenalkan pada bulan Februari yang lepas di Mobile World Congress, kini Nokia Malaysia telah pun memperlihatkan kedua-dua peranti Lumia terbaru mereka, iaitu Lumia 720 dan juga Lumia 520 di Malaysia.

Kedua-dua peranti Windows Phone 8 ini akan ditawarkan bermula pada penghujung bulan ini, dalam beberapa pilihan warna. Lumia 520 bakal dijual pada harga RM599, manakala Lumia 720 berharga RM999 di Malaysia.

Nokia Lumia 520

Nokia Lumia 520 disertakan bersama-sama skrin bersaiz 4-inci dengan paparan 480×800 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera belakang 5-megapixel, memori terbina 512MB RAM, serta ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD.

Nokia Lumia 720

Lumia 720 pula membawakan skrin bersaiz 4.3-inci Clear Black dengan paparan 480×800 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 6.7-megapixel dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar melalui penggunaan kerangka luar yang boleh didapati sebagai aksesori tambahan.

Jadi, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd