Cari @ Amanz

Samsung hari ini terus menambah tawaran peranti mereka, dimana telah pun melancarkan Samsung Galaxy Win, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan peranti Android daripada Samsung.

Samsung Galaxy Win

Samsung Galaxy Win membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel dan juga bateri berkapasiti 2,000mAh. Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekabentuk ikonik Samsung seperti mana terdapat pada pelbagai peranti keluaran mereka sejak tahun lepas.

Telefon pintar ini turut hadir dengan pilihan dwi-SIM, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dengan antaramuka TouchWiz. Peranti ini juga dilengkapi dengan beberapa sokongan pintar, termasuk Easy Mode, Smart Alert dna juga Motion UX.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan hadir untuk pasaran Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd