READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab 3 Bersaiz 7-inci

Diterbitkan pada April 29, 2013 oleh

Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, Samsung hari ini telah pun secara rasminya memperkenalkan kemaskini untuk keluarga tablet mereka, Galaxy Tab, dimana versi terbarunya, Galaxy Tab 3 diperkenalkan dengan pilihan skrin bersaiz 7-inci terlebih dahulu.

Galaxy Tab 3

Samsung Galaxy Tab 3 (7-inci) ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel dan bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Tablet ini menjalankan Android 4.1 Jelly Bean serta antaramuka TouchWiz, membawakan pelbagai aplikasi Samsung seperti Samsung Hub dan ChatOn.

Samsung mengatakan versi WiFi akan mula dijual bermula Mei ini, diikuti versi 3G pada bulan Jun. Namun tarikh pelancaran rasmi untuk Malaysia masih tidak diketahui lagi. Dari segi spesifikasinya, berkemungkinan kita akan dapat melihat harganya amat kompetitif, berkemungkinan akan bersaing dengan keluarga Nexus ataupun FonePad.

Terdapat 58 komen
Komen Popular
  1. Kalau ikutkan ideologi saudara, adakah pengguna iPhone juga tertipu?
    Design sentiasa sama, cuma saiz skrin sahaja.

    LULZ

Keseluruhan Komen
    • Memang bagus (terutama yang boleh call/sms) berbanding iPad, ia lebih banyak gunanya.
      Cuma yang lecehnya kamera cuma 3 megapixel, kenapa tidak 5 megapixel saja?

    • Ermm.. Bro apa yang beza saiz skrin ya? Ini tab bukan phone or phablet.. Mmg 7 inci kan?

    • Kalau ikutkan ideologi saudara, adakah pengguna iPhone juga tertipu?
      Design sentiasa sama, cuma saiz skrin sahaja.

      LULZ

  1. Alahai samsung, kasi up la sikit spec tab tu, processer tu bagi la quad core ke, kamera kurang2 pun 8mp ke, atau pape jelah yang gempak. Ini tak, spec lebih kurang je dengan tab generasi terdahulu, nasib baik pakai jelly bean, tapi kalau setakat harap yang tu je, hmmmm….

    • Bagus jugak, nampaknya ‘specs’ Galaxy Tab 3 ini kurang berbaloi sangat…
      Kini lebih mudah membuat pilihan tepat lagi bijak – boleh la angkat Galaxy Note 8.0…

    • 1GB ram, 1.2 GHz dual core sgt x relevan pada tahun 2013. Pakai dalam 6 bulan konfem lag… penuh dgn malware bagai mcm galaxy tab mak ak. Permehatian aku malware-malware dah semakin maju dan banyak menyerang android. Google kena lebih strict manage apps dalam playstore. Mungkin android perlu sediakan build in antivirus yg bleh autoupdate setiap hari. Secure sket.

      • Aku lama dah pakai phone Android tak pernah ‘hang’ ataupun kena virus pung!
        Harga dia pun masuk akal sikit berbanding Apple iPhone…
        Phone Anroid memang best, berbaloi2 dengan specs….

        • aku dh lali da dgn alasan2 cmni. “samsung lagi best sbb harga lagi murah drpd apple”. “buat apa nk beli iphone? dh la mahal”. tp kena la ingat yg pepatah Melayu pn ada kata “alah membeli menang memakai” . sbg contoh, lw nk banding harga iPhone 5 dgn harga Samsung Galaxy S4~ mula2 kuar dulu hrga iphone 5 16gb RM 2000 smthng n now harganya da RM 1999. harga samsung s4 16gb lak RM2199. x jauh beza sgt harganya. & yg plg ketara, kenapa nk beli fon 8.8gb smthng dgn hrga 2000 smthng?? i said 8.8 gb sbb ada customer complain yg storage SGS4 hanya 8.8gb je bbanding 16gb yg diorg duk heboh. x kan size sistem diorg da mkn hmpir 1/2 storage fon? mknanya samsung da menipu customer. nape x bg tau yg fon tu sbenarnya 8 / 9gb dan bukannya 16gb? & skang ni aku guna iphone 5 16gb. bila da tolak size sistem, masih g ada baki 13.5gb . kira not bad compared to s4 right? bg aku lbh bbaloi guna produk apple sbb kualiti produk sgt tjamin. g pn if ada apa2 masalah, blh terus g Mac City. kalau g baiki iphone kt Mac City , korang akn diberi fon gantian sementara nk tggu fon korg siap. samsung hado??

          • Mungkin specs Samsung S4 itu terlalu sarat/canggih (contohnya teknologi kamera) menyebabkan memakan banyak ruang memory users…7 GB! Ini memang tiada pada iPhone5!
            Sebab itulah pembeli2 kena bijak dan berilmu semasa membeli, supaya lebih kenal produk itu dengan mendalam.
            Masalah Samsung menipu tidak menjadi isu kerana masalah kecil ini boleh diatasi dengan adanya slot memory card yang memang tiada langsung pada iPhone5.

          • Ruang storan kecil pada S4 memang mengundang bencana. Nak install aplikasi pun hanya boleh pada storan dalaman, dan bukan di SD card.

            Bukan sekadar apps, malah servis music di awan (e.g. Spotify dan GMusic) hanya boleh distorkan di ruang storan dalaman, bukan SD. Itu antara restriction yang dikenakan untuk membentuk “sandbox”.

            Kalau nak ceritakan phone yang root pun (yg mana majoriti tidak lakukan), banyak aplikasi yang terpindahkan ke SD card akan “misbehave” anyway.

          • Takkan tak cukup 8 GB untuk install application? Penyelesaiannya amat mudah – jangan le letak fail2 (gambar/movie) didalam phone, beli mem-card sampai 64 GB, simpan aje dalam SD mem-card…senang cerita.

            Kalau tidak berfikiran begitu, rugilah beli iPhone/iPad 16GB, sebab takde slot memory card terpaksa simpan semua dalam device yang mudah penuh, tetapi orang teringin juga membelinya. Bagi mereka, yang penting ialah dapat memiliki device impian mereka.

          • Mmg betullah..rasa tertipu sangat.. kata memory 16GB konon…bila dah beli tengok2 8.82 je…

  2. Galaxy Tab 2 aku ni pun kira da pueh hati..

    Specs Tab 3 ni macam tak banyak sangat beza ngan Tab 2..

    harga mesti area rm1200 nih

    bye!!

    • Kan Samsung dah kena saman dgn Apple buat design ‘rectangle’ pastu ’rounded corner’. tapi time syarikat lain buat design macam tu Apple tak saman pulak. nampak sangat Apple tak suka Samsung berjaya haha

      • Samsung satu2nya jenama hebat yang paling ditakuti dan dicemburui oleh Apple.
        Apple tidak takut langsung kepada Nokia, HTC, Sony, Motorola,
        Kerana tablet Samsung lah, maka iPad semakin menurun peratusannya dipasaran dunia dan kerana Galaxy S3 lah menyebabkan iPhone4S tergugat dengan teruk.

        • Bla bla bla…

          …aku tengok HTC ONE, Nexus 4 dan Xperia Z tu cantik jer. Tak de masalah pun.

  3. Kalau buat bentuk ‘menarik’ macam iPad, nanti takut2 disaman pula oleh ‘kaki saman paten terlampau’ yang lebih gemarkan wang segera daripada menyebarkan ‘technologies for human’. Bentuk seperti ini dikira okaylah juga dan tidak meniru bentuk sesiapa pun. Kasihan Samsung – sentiasa jadi ‘mangsa paten’ dan ‘mangsa kritik designer tanpa tauliah’. Semoga tablet2 Samsung dapat menguasai pasaran tablet dunia mengatasi iPad Apple menjelang tahun 2015….

  4. Untuk tahun lepas, tablet 7 inci yang paling okay pada aku adalah Nexus 7.

    Untuk tahun ni, ada baiknya aku tunggu dulu apa yang ditawarkan Google sebelum memilih Tab 3. Lagipun agak menyedihkan, sebab Tab 3 ni didatangkan dengan Android 4.1 yang dah dekat setahun umurnya.

  5. Samsung Tab – biasanya boleh tahan sampai 5-6 tahun….Mahal sikit takpe, janji Samsung….
    Tablet China mari murah sangat, itu pasal cuma tahan 4-5 bulan, ada problem je terus lingkup – boleh buang dlm tong sampah. (Hasil daripada pengalaman membeli tablet murah buatan China)

  6. Resolusi masih ditakuk lama. Patut naikkan ke resolusi 720p. Lagi satu home button tu tak sesuai untuk tab. On screen button macam nexus 7 lagi cantik.

  7. Lain kalilah, Samsung Tab 3….
    Lebih baik angkat Note 8.0…Mahal sikit takpe lah!

  8. better angkat asus fonepad kalo stakat dual core je.. well.. let’s wait for its price. kalo lagi murah xpe la juga.

  9. Walau apapun angkat Galaxy Tab lebih baik dan lebih beruntung dengan banyak daripada iPad / iPad Mini.
    iPad cuma bagus dan puashati dari segi benda tampak (luaran) saja – skrin jelas, proses laju- smooth dan design bermutu tetapi kekurangan yang amat banyak – daripada harga yang mahal, kekurangan segi specs dan benda2 yang tak nampak – kurang snycronise (yang berlaku selepas dibeli). Merugikan.

    • Takde la mahal iPad Mini ni pun.

      Untuk iPad bersaiz besar pulak, specs nya masih terbaik secara keseluruhannya.

      Pada pandangan aku, kalau nakkan performance pada tablet Samsung, elok tunggu versi yang didatangkan GPU PowerVR SGX seperti yg digunakan Apple. Setakat ni, hanya Galaxy S4 yang gunakan GPU tersebut. Untuk ARM Mali yang masih digunakan di cip2 Exynos lain, ia agak slow.

      Apapun, agak kurang jelas berkenaan “kurang synchronise” tu. Care to share with us?

      • Mungkin nak kongsi(share) media/file dengan peranti selain jenama Apple kot…

        • Point is, Klops menyatakan dari segi specs dan performance, yang mana tablet dari Samsung masih lagi ketinggalan.

          Dan saya setuju dengan Meleis. Tak perlu beli tablet2 dari Samsung buat masa ini, lebih baik nantikan mereka shift kepada SoC dengan PowerVR SGX seperti di Galaxy S4. Atau nantikan revisi ARM Mali T-series generasi seterusnya. Mali T604 agak inferior berbanding yang ditawarkan di SoC dalam tempoh terdekat.

          • Orang2 tak perlukan term teknologi phone yang memeningkan kepala itu; yang penting cantik, harga patut, berkualiti dan penggunaan yang memudahkan kehidupan sosial manusia.

          • Lady Gagger, kalau Samsung Tab ketinggalan, kenapa Apple takut pada produk2 Samsung? Sampai kes2 saman, bila jenama lain meniru design Apple langsung tak saman pun? Pelik!

            Sekarang ini Samsung Tab pantas mengejar dibelakang Apple iPad – baru2 ini setiap 10 iPad dijual, 5 adalah Samsung Tab… 3 tahun dahulu orang tak kenal apa itu Samsung Tab!
            Jenama2 lain tak mampu langsung bersaing dengan iPad…

  10. baru beli satu hari hang giler tab 3 ni…..tapi kawan beli ok je…..tempatyang sama tu…tention wooo

    • sama dgn sy, baru beli terus hang, org kedai ckp salah simcard. sakit pulak hati. tak tahu kenapa kerap hang. dah on off pon masih xok. ==”

Komen

Nama
Web